Tanda-Tanda Stress

salam..
hey guys..

hari ni, aku nak cerita tentang stress di tempat kerja. korang stress sbb slalu ken marah dgn bos, stress dgn dateline, or stress sbb kene pulau dgn officemate? kalo korang ada tanda-tanda yang aku nak ceritakan ni, komfem korng stress:

i) prestasi kerja menurun...
maknanya, kalau bg kerja x siap, xboleh kejar dateline, asyik buat salah je walhal bende tu dah biase korang buat.

ii) semangat dan tenaga untuk bekerja menurun
maknanya, kalau korang rasa tiap2 pagi nak pergi kerja tu asyik malas je. macam kalau boleh tak nak pergi kerja lah.

iii) komunikasi dengan orang lain terganggu
maknanya, bila orang cakap dengan korang, korang buat tak tahu je, malas nak jawab kalau ditanya dan bersikap dingin je...haish..penampar kang kalau dapat kat aku...hahahha

iv) murung
ni dah teruk. kalau kat depan PC tu asyik termenung je.. jalan ke pantry pon jalan menunduk...teruk ni..

v) Cepat naik angin atau marah-marah.
ni lagi satu hal, salah sikit je nak melenting macam office tu boleh bankrup. haiyak, nampak salah sikit or tak kena je kat mata korang, habis semua kenea marah dengan korang.

vi) Kurang potensi pemikiran yang bersifat kreatif dan kritis.
ni pulak, perkara-perkara yang dah biasa korang buat, tp bila twist sikit je, korang dah xboleh nak fikir dah...selalu ok je..

vii) Mengambil keputusan secara mendadak.
korang x timbang dulu semua option yang ada sebelum buat keputusan. semua keputusan diambil atas rasa terburu-buru dan tak ada perbincangan. bila dah salah mula lah nak marah-marah.


viii) Melakukan perkara selain kerja seharian seperti melepak
ni biasa la, bila dah stress, xde mood nak kerja. bile xde mood, melepak je la kt pantry..kat luar..haishhh... teruk r macam ni..baik berhenti kerja je..jangan makan gaji buta!

aku bg tanda-tanda korang stress. kalau korang rasa korang memang mengalami kesemua tanda2 di atas, memang korang STRESS!...kalo setakat no viii. xyah ckp pasal stress la..itu namanya MALAS!!

so, aku bagi tau korang gak cara-cara mengatasi stress ni...
a) dari segi rohani atau kekuatan mental dan fikiran.
            - Bagi orang Islam, solatlah dengan kusyuk, ambillah sedikit masa membaca Al-Quran kerana dapat  
              memberikan ketenangan jiwa.
            - Bagi yang bukan Islam pula, ikutlah amalan kepercayaan masing-masing. mungkin ke tempat  
              beribadat masing2.
            - Sentiasa senyum. kalau korang nak tahu, bila kita senym, ketawa dan gembira, badan kita akan
              menghasilkan hormon endorfin..hormon ni membolehkan kita rasa bertenaga dan take control of
              our own body.
            - Muhasabah diri. ambil masa korang untuk bersendirian dan muhasabah diri. terpulang pada individu
              la kan. list kan apa sebenarnya yang korang mahukan dalam hidup ni...
b) dari segi fizikal.
            - bila korang dapat rasakan bahang stress, tarik nafas panjang dan bertenang. ambil masa korang
              sebelum memulakan kerja balik. relaxkan fikiran korang..
            - bersenam. ni memang perkara yang wajib korang buat setiap hari. at least kalau korang berjalan    
              pusing-pusing ofis pun dah kira ok dah.
            - Mengurut dan berehat sebentar. rehatkan diri korang dengan pergi mengurut ke, pergi spa ke
               relaxkan diri. best dowh..aku dah try dah...
            - cari la hobi yang boleh buat korang rasa happy.. ada orang yang suka climbing, kalo aku..aku suka
              berjalan-jalan window shopping..
c) dari segi individu / organisasi
            - Meluangkan masa bersama family..ambil la masa bercuti. pergi la tempat-tempat peranginan yang
              best..tenangkan fikiran...
            - berbincang dengan keluarga atau rakan sekerja atau pon ketua jabatan. diorang boleh faham kalau
              korang rasa stress tentang kerja
            - last sekali, jumpa lah kaunselor atau orang yang arif tentang pengurusan stress ni,..

korang jangan pandang ringan tentang STRESS ni taw.. boleh menjejaskan kualiti hidup kita taw..so, good luck!

salam
kerist3rbang
24 Oktober 2011
8.12 pagi

No comments:

Post a Comment