My Backpacking Trip to South Korea

Assalammualaikum,

Berhabuk dan bersawang lagi blog ni dek kesuntukan masa aku nak mengemaskini dengan cerita2 baru. Untuk sekian kalinya, bersempena cuti Hari Pekerja 1 Mei, aku gagahkan menulis sedikit coretan Trip ke Korea bersama Dayang, Pendz, Epul dan Azri serta disertai oleh Pele n Wani. 

Peringatan: Entree sangat panjang.

Objektif awal Trip ke Korea ni adalah untuk melawat tempat-tempat menarik yang banyak telah disiarkan dalam rancangan Running Man. Selain aku nak sangat menjejakkan kaki ke tempat kelahiran selebriti Korea yang popular. YES, i'm a KDrama & Kpop fanz... Pada awalnya trip ini hanya aku seorang. Tetapi usaha memujuk Epul, Pendz, Bebeq dan Dayang berjaya. So, aku ubah sedikit arah trip ini agar tidak terlalu KDrama or Kpop memandangkan mereka tak la minat sangat.

Sebagai persediaan, banyak research di buat dan perancangan diteliti agar trip ini berjaya dengan peruntukkan yang sedikit. Aku kongsikan route kami sepanjang 10 hari pengembaraan kami mulai 8 November 2013 hingga 17 November 2013. Semasa trip ini, Korea berada di Musim Luruh. Average suhu adalah 10 darjah celcius.

Tiket kapal terbang kami beli masing-masing. Trip kali ini aku kutip seorang RM3000 untuk duit ground yang mana aku yakin akan berlebih. Yes, tekaan aku betul. Jadual di bawah adalah pecahan pada perbelanjaan yang telah dibuat. 


Sepanjang pengembaraan ini kami banyak menggunakan pengangkutan awan seperti metro. Korang boleh try website ni untuk rancang perjalanan dan jumlah perbelanjaan untuk menaiki metro. Ianya sangat berguna. SeoulCyberStationMap & BusanMetroTime

Hari Pertama (08 November 2013)
Kami berlepas dari LCCT menaiki penerbangan AirAsia D7 518 pada jam 0115. Setibanya di Gimhae International Airport (PUS) pada pukul jam 0815, kami mencari tempat untuk sarapan dan juadah pertama ialah donut dari Dunkin Donut. Kami bergegas ke terminal domestik untuk menyimpan beg. Di sinilah kami terserempak dengan Sung Si Kyung dan Uhm Tae Wong. Nyata yang indah hanya di TV. Mereka sombong... not even smile. Tanpa membuang masa, kami terus ke Metro Station untuk ke tempat yang telah dirancang.
Tempat pertama ialah 40 Steps Cultural Street. Kalau sesiapa perasan dalam Running Man Episode 111, tempat di mana ahli Running Man baling kasut di tangga. Itulah tempatnya. Tak susah nak naik metro sebab aku telah detailkan setiap station yang perlu kami lalui. Mencari tempat ini tidak susah namun mencari tangga itu memerlukan kami banyak bertanya pada penduduk di situ.


Kami teruskan perjalanan ke Jagalchi Market, salah satu main attraction di Busan walaupun hanya sebuah pasar ikan. Sebelum kami berjalan jauh, kami singgah di sebuah restaurant makanan laut untuk makan tengahari. Aku pernah kongsi makanan yang kami makan di entree sebelum ini. So korang boleh check out la. Klik sini. What We Eat... Pertama kali mencuba makanan Korea, kamu sangat teruja dan wondering.. Apa benda ni, apa rasanya,. Makanan sangat superp dan murah. Selesai makan, kami berjalan d sekitar 'pasar ikan'. Kami kagum melihat pelbagai sea creatures yang pelik dari segi bentuk dan saiz. Jagalchi Market ni ada dua; yang pertama terletak di luar dan satu lagi di dalam bangunan. Kagumnya kami pasar yang teletak di dalam bangunan sangat bersih dan teratur.


Selesai mecuci mata, aku cadangkan untuk kami terus pulang ke airport memandangkan kami perlu menaiki flight ke Jeju Island. Hanya satu tempat tidak sempat kami pergi iaitu BIFF Square. Kami berlepas ke Cheje INternational Airpot (CJU) pada pukul 7 malam. Setibanya kami di sana, kami mengambil keputusan untuk menaiki bas menuju ke City Hall, tempat di mana hostel kami berada. Info mengenai bas di Jeju seperti di sini.

Hari Kedua (09 November 2013)
Pagi yang indah, kami masing-masing masih bersemangat. Hostel tempat kami menginap ni sangat best! Aku bagi 5 Bintang untuk kategori Backpackers. heheh. Tempat paling best adalah di ruang basement iaitu di tempatkan dapur, ruang makan, ruang tamu, dan cyber cafe. Selesai bersarapan, kami checkout untuk ke tempat seterusnya.


Sebelum ke Korea, aku telah apply Permit Memandu Antarabangsa, untuk rasa macamana drive sebelah kiri. Kami terus ke HQ kereta sewa KT Kumho. Kami menyewa Kia Sorento 7 Seater selama 1 hari setengah. 

Selesai semua urusan, terjadi sesuatu yang tidak terduga. Salah seorang dari kami telah kehilangan IPad. Tak dapat dibayangkan perasaan dia ketika itu apatah lagi semua data mengenai projek MSc ada di Ipad. Kami mengambil masa untuk patah balik ke City Hall untuk cuba mencari namun tiada hasil. Kami putuskan untuk teruskan perjalanan memandangkan banyak tempat perlu dituju. Kami terus menuju ke Hyeopjae Beach. Menggeletar tangan aku drive Sorento. Memandangkan aku sorang je yang ade permit, walhal aku lah pemandu paling junior dalam group kami dengan pengalaman memandu selama dua tahun. Takpe, pengalaman. Heopjae Beach ni cantik dan dikatakan tempat Haenyo atau women divers menyelam. Namun, tak sempat nak jupa mana2 Haenyo.

Perjalanan diteruskan ke Hallim Park. Honestly, idea ke Hallim park datang apabila baca blog MamaiKakiJalan. Dengan keluasan sebesar 100 thousand square metres, taman ni meliputi dua buah gua iaitu Gua Hyeopjaegul dan Ssangyonggul; taman bonsar, traditional village dan macam2 lagi. Pada aku tempat ni memang best, tetapi memakan masa yang agak lama memandangkan tempat ni sangat besar dan kami banyak berhenti untuk mengambil gambar sebab banyk tempat menarik dan cantik.

Dah lewat! Itu yang bermain di fikiran aku ketika itu. Banyak lagi tempat yang perlu kami pergi. Kami teruskan perjalanan ke Yeongmoeri Coast & Mount Sangbangsan. Tiba di sana, kami berehat sebentar untuk makan dan solat di mini market berdekatan. Kami bergegas ke pintu masuk Yeongmoeri Beach namun sekali lagi nasib tidak menyebelahi kami kerana waktu masuk telah tutup. frust. serius, aku sangat frust. Saat ni terbayang gambar yang Cik MamaiKakiJalan ambil sewaktu lawatan dia ke sini. Kami hanya sempat tengok sipi-sipi je tempat yang telah dinobatkan oleh UNESCO sebagai World Heritage. 



Keadaan semakin gelap dan rintik hujan mula turun. Perjalanan di teruskan ke Seogwipo untuk mencari hostel. Banyak tempat kami tak dapat pergi seperti Teddy Bear Museum, Cheongjeyeon Waterfall, Cheongjiyeon Waterfall dan Jusangjeolli Cliff. Kami check in terus ke hostel sebelum keluar untuk makan malam, di mana korang boleh checkitout kat entree sebelum ni.


Hari Ketiga (10 November 2013)
Aku bangun awal untuk bersiap sedia untuk program seterusnya pada hari ini. Hari ini kami akan mendaki Hallasan Mountain. Hari ini banyak kami tidak sefahaman. Baru hari ketiga dan ia sangat spoil mood untuk hadapi for the rest of the week. Kami bertolak ke Seongpanak Entrance yang merupakan antara start point untuk mendaki. Pada ketika ini kami di ketinggian 1215 meter. Perjalanan sepanjang ke tempat tersebut sangat menakjubkan. Pemandangan musim luruh yang sangat cantik. Masyaallah. Tiba di kaki bukit, sudah kelihatan ramai pendaki sudah bersedia memulakan pendakian. Cuaca sangat sejuk ditambah angin kuat sehingga membuat badan aku menggigil. Kami perlu sampai ke puncak sebelum pukul 12.00 tengahari. Alhamdulillah, salah seorang daripada kami telah berjaya sampai ke puncak. 


Hari Keempat (11 November 2013)
Kami meneruskan perjalanan pagi itu dengan sarapan ringan sebelum berlepas untuk ke Seoul menaiki penerbangan Jeju Air. Pencarian hostel bermula selah tiba di Seoul. Aku rancang untuk menginap di sebuah hostel di kawasan Hongdae. Salah sebuah tempat yang sangat live waktu malam sebab banyak kelab malam. hahahha. Hongdae juga merupakan kawasan sekitar Honggik University. Kami tinggal di HeyBackpackers2.


Semasa check ini, kami diingatkan oleh owner hostel untuk tidak keluar keran suhu dijangka turun mendadak pada hari ini.Tetapi kami tetap keluar kerana ada beberapa tempat perlu dilawati. Aku bawa mereka pergi ke Korea Tourist Organization (KTO). Di sini terdapat khidmat mencuba pakaian traditional, menulis nama di atas kipas, Hallyu Wave meme center dan pusat informasi. Tempat ini sangat bagus namun, kebanyakkan informasi dalm bentuk pampet, peta adalah dalanm bahasa dan tulisan korea. Kurang sangat untuk foreiner dapatkan maklumat.

Selesai aktiviti kami di sini, seterusnya kami ke Hanggang River, sungai yang sangat popular di Seoul dan selalu keluar kat Running Man.. Suhu jatuh ke -1 darjah celcius. Ada diantara kami yang hanya memakai jaket nipis sangat merasai kesejukan ini. Buat pertama kali, kali mencuba tteokkbokki dan odeng yang merupakan street food yang sering kali keluar di Korea variety show mahupun drama. Kami memutuskan untuk menaikki river cruise pada pukul 6.45 petang. Keadaan sudah beransur gelap dan sementara menunggu, kami berehat di salah sebuah cafe. Tak tahan tunggu di luar.. Sejuk... Pemandangan dari atas kapal cruise ini sangat mengagumkan. Kami berlayar selama 1 jam lebih. Namun, keadaan sekeliling tidak semeriah Pearl River Cruise di Gungzhou yang aku lawati tahun lepas bersama Dayang. Klik sini untuk baca cerita mengenai pengalaman kami. 

Kami pulang ke Hongdae untuk mencari makan malam dan juga berjalan-jalan sekitar Hongdae. Memang live Hongdae ni. Banyak gerai tepi jalan jual pelbagai barangan aksesori yang murah, deretan bangunan butik-butik terkenal, cafe juga banyak selain ada live band atau street performers. 


Hari Kelima (12 November 2013)

Setelah melalui hari yang sangat sejuk semalam, kami meneruskan pengembaraan ke Nami Island. Kami bertemu Pele dan Wani untuk gerak bersama. Mengikut rancangan awal aku, kami akan menaiki bas dari Tapgol Park ke Gapyeong. Namun, tiket bas telah sold out dan aku mula rasa x best. Takkan tak pergi kan? Nasib baik ada Wani, kami bersama-sam mencari alternatif lain untuk ke Nami. Alhamdullillah, kami menaiki ITX ke Gapyeong Station. Sampai di jeti, kami terkejut melihat bendera Malaysia berkibar di atas kapal. Bangga pon ada. :) Serius cantik Nami Island lebih-lebih sekali pada musim Luruh. Rasanya semua dah tahu, di sinilah tempat pengambaran cerita Winter Sonata, yang merupakan drama popular Korea. Kami jalan mengelilingi pulau sambil menikmati keindahan alam.

Kami bergegas ke jeti untuk pastikan kami sempat menaiki feri sebelum pukul 4.00 petang. Itu merupakan feri terakhir yang akan ke tanah besar. Sekiranya terlepas, kami terpaksa bermalam di Nami dengan kos penginapan yang agak mahal. Perjalanan bersambung ke Dongdaemun. Pelancong kata tempat shopping. Tapi keadaannya tak semeriah Hongdae. Di samping Dongdaemun, kami berjalan menyelusuri Cheonggyecheon Stream. huhu tapi tempat sangat sesuai untuk keluar dating malam-malam sambil pegang tangan sebab nampak banyak couple kat situ. Stream ini merupakan anak sungai lama zaman Joseon dahulu kala yang telah dinaik taraf menjadi tempat pelancongan dan juga tempat dating. kakakka. Tak ada apa yang boelh dibuat di Dongdaemun melainkan makan je. :)



Hari Keenam (13 November 2013)

Misi pada hari ini ialah Namsan Tower yang merupakan landmark kebanggaan Seoul dan juga tempat attraction yang wajib dikunjungi. Berjalan menaiki bukit untuk ke cable car sangat memenatkan. Berpeluh-peluh. Kami menaiki kereta kabel untuk ke puncak dan ternyata pemandangan dari atas bukit Namsan sangat cantik. Dari atas, aku boleh lihat kota Seoul. Mereka kata Namsan cantik waktu malam dan aku percaya. Ramai juga pelancong dari Malaysia yang kami temui di sini. Perkara yang menarik di sini ialah Love Lock iaitu pasangan bercinta selalunya akan beli padlock yang pelbagai warna, bentuk dan saiz untuk dikuncikan di tempat-tempat yang telah disediakan. 


Selesai mengambil gambar, kami berehat sebentar untuk solat. Kami teruskan perjalanan ke Namdaemun dan Myeongdong yang terletak hanya bersebelahan. Kami banyak membeli di Namdaemun. Korea Brooch, baju, aksesori, barang hiasn rumah, cenderamata, kosmetik, dan macam-macam lagi. Di Myeongdong, fokus utama aku adalah untuk membeli CD FT Island dan EXO (org kirim) hehhe. Kami berhenti makan malam di Agra Restaurant dan sambung berjalan-jalan sambil menikmati kesesakkan jalan yang dipenuhi muda mudi. ewah.. haha


Hari Ketujuh (15 November 2013)
Tak sah kalau melawat Korea tidak pergi Gyeongbokgung Palace. Kami masuk ke dalam Istana lama Korea yang elok dipelihara walaupon berada di tengah2 bandar Seoul. Terdapat beberapa istana lain yang berada di kawan ini tapi kami memutusakan hanya untuk satu istanan sahaja. Kawan Istana ini sangat luas dan aku tidak boleh nak gambarkan keadaan ketika zaman Joseon dulu. Mesti lagi cantik. Aku terlepas untuk pelawan Gwanghamun Square yang ada patung King Sejong yang sangat besar dan Laksamana Lee Sun Shin. 

Kalau ikut jadual, petang ini kami akan melawat Itaewon dan beberapa bangunan KPop Entertainment Company. Mereka mencadangkan agar aku mengubah jadual dengan melawat Itaewon pada hari Jumaat, agar dapat sembahyang Jumaat di Masjid Itaewon. OK, tiada masalah. Cuma yang membuatkan aku frust ialah mereka tak mahu pergi ke KPop Entertainment Company seperti yng telah dijadualkan tetapi mahu sambung shopping di Namdaemun. Well, tak boleh nak buat apa memandangkan itu keputusan majoriti. Kami sambung shopping di Namdaemun dan kembali ke Hongdae. Jadi, hari keenam ini kami hanya lawat satu tempat sahaja. :)

Hari Kelapan (16 November 2013)
Malam itu, terkelip-kelip mata mengadap dinding katil atas. Memikirkan objektif mula-mula aku datang Korea. Yup, I need to do this by myself. Esok paginya aku bangun awal dan terus gerak ke Gangnam. Misi: mencari SM Entertainment, JYP, FNC & Cube. Aku harus cepat memandangkan perlu mengejar yang lain untuk ke Itaewon. Agak jauh berjalan kaki dari station metro ke bangunan tersebut. Namun, aku tak patah semangat dan akhirnya jumpa juga. Cuma, tak dapat mencari FNC punya bangunan yang telah memenangi anugerah lanskap bangunan creatif. 


Aku terus bergegas untuk ke Itaewon berjumpa dengan yang lain. Sampai di Itaewon, aku terus ke Masjid Itaewon. Penat juga berjalan memndangkan keadaan berbukit. Setelah solat Jumaat, kami bertemu dan makan tengahari di salah sebuah restaurant muslim yang menjual masakan Korea. Huhu, kami belasah daging la.. :)

Aku ingin mencari beberapa CD lagi untuk di bawa pulang. Kami singgah di Myeongdong sebentar dan seterusnya ke Gangnam. Di Gangnam, kami masuk ke Samsung D'Light untuk melihat pameran gajet terbaru dari Samsung. Esok 

Hari Kesembilan (16 November 2013)
Hari ini merupakan hari terakhir kami di Seoul. Setelah checkout, kami terus ke Seoul Station untuk menaiki KTX ke Busan. Harga tiket KTX orang boleh check kat website. Aku beli tiket on da spot sebab tak pasti pukul berapa kami akan sampai ke station.


Perjalanan ke Busan mengambil masa kurang dari 3 jam. Setiba di Busan, kami mencari tempat makan dan solat iaitu di Restaurant Samarqand. Kami teruskan perjalanan ke Haeundae Station untuk mencari hostel kami iaitu Mrs. Egg. Pengalaman yang tak dapat dilupakan di sini di mana kai sekali lagi diberikan sebuah bilik sahaja. Disebabkan tiada bilik kosong yang lain, yang lelaki terpaksa tidur di ruang tamu. Sian.. hehehe


Duit ground kami masih berbaki dan kami putuskan untuk makan besar malam ni. Memang makan besar di mana kami habiskan 95000 won untuk makanan laut yang sangat sedap di Haeundae Market. Delicious!!


Selesai makan malam kami berjalan-jalan di sekitar pasar untuk membeli beberapa bahan makanan untuk dibawa pulang ke Malaysia

Hari Kesepuluh (17 November 2013)

Hari terakhir kami sebelum pulang ke Malaysia. Kami akan berlepas pada pukul 4.00 petang menaiki Air Asia. Di saat yang lelaki sedang nyenyak tidur, aku dan Dayang berjalan-jalan menuju ke pantai Haeundae. Nak tengok matahari terbit dan alhamdulillah dapat juga kami tengok.


Alhamdullilah, berakhir perjalanan kami ke Korea Selatan. Tercapai impian aku. Banyak lagi negara2 yang ada dalam senarai aku untuk lawati. Mari start dengan Malaysia dulu..hehehe. Korang boleh try check this website, kalau nak merujuk tentang pelbagai maklumat mengenai Korea Selatan. Blog beliau adalah sumber rujukan utama aku, BagetTravel2Korea. Website ini pon menjadi rujukan aku, Visit Korea. Korang boleh check sekiranya ada aktiviti atau event2 penting yang berlangsung semasa percutian korang dan pastinya korang boleh participate.

Aku pernah menyatakan dulu pada salah seorang kawan aku bahawa aku takkan kembali ke negara yang aku telah lawati dengan menggunakan peruntukan sendiri, namun untuk Korea ini mungkin aku akan kembali. Sebab rasa tak puas sebab banyak tempat tak pergi lagi. (^^).

Aku kongsikan kat korang detail itinerary program kami ini. Tempat kami pergi, jalan kami ikut, pengangkutan yang kami naik tambang berapa, makan apa, tempat di mana dan etc. Tapi, korang kene leave komen kat post ni dulu ya. Korang leh check it out post aku tentang Korea Trip Guide - Checlist untuk tahu perkara penting sebelum korang pergi dan juga What We Eat untuk tahu apa kiteorg makan.


Bye- 

"“Why do you go away? So that you can come back. So that you can see the place you came from with new eyes and extra colors. And the people there see you differently, too. Coming back to where you started is not the same as never leaving.” 
― Terry PratchettA Hat Full of Sky

Salam
kerist3rbang
4 Mei 2014
9.02 pm

39 comments:

  1. Hi. Kita pun nk travel ke korea oct ni. Hope dpt la tgok daun2 tukar colour. Nanti boleh share iti n yg korg belanja kat sana.

    ReplyDelete
  2. Hi, insyaAllah nov ni sampai sana..excited sangat..

    ReplyDelete
  3. nk tgk itinerary bleh x?hehe..nk tau station mne yg kne lalu utk pegi tmpt2 best yg korg pegi ni..please..

    ReplyDelete
  4. salam. hi seronoknya. ni baru bincang2 dgn member. kalau takde pape next year nak pegi. boleh tahu x selama 10hari kesana bajet berapa. email saya pon xpe :) ninasyakira@yahoo.com . harap dpat membantu hehe

    ReplyDelete
  5. Korang boleh check itinerary yang saya sharekan di blog..

    semoga semua seronok di sana nanti..

    ReplyDelete
  6. assalam.. sye akan ke korea 29hrbln nie.. boleh x nk tgk awk pnye itinerary.. awk share di post yg mana yer? boleh email pd sye x di afiqahamid88@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. Can i have you itinerary pleaseee? My email sitinuratiqahmazam@gmail.com . Thanks :D

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, byknye info..
    Cadang nak ke sana for the 2nd time, tp kali ni lama skit..
    blh share the itinerary?? blh send ke mrsu69@gmail.com..
    Thanks, :)

    ReplyDelete
  9. Waaa bestnye jd bagpacker..insyaAllah cadangnye ktorang pon nk jln secara bagpacker..hopefully blh share itenerary dgn saya.tq ya!!

    tepung_talam@yahoo.com

    ReplyDelete
  10. Salam . boleh share itenery kat saya? mfarisaziz@gmail.com. tq tq !!!

    ReplyDelete
  11. Salam...blh share itenerary? Sebab saya pn tgh search n buat itenary utk buln sept tahun hadapan.....tq....nadyazolkiplee88@gmail.com

    ReplyDelete
  12. Sorry sgt2 lambat reply guise..korang leh klik link kat bawah pageview... saya ada sharekn iti..

    ReplyDelete
  13. saya pn berjaya ke korea last september tanpa ambil tour guide. 1st time pergi... best sangat rasa. n sangat berpuas hati sebab everything buat sendiri hasil baca blog orang. Kumpul smua info yg ada.. thanks a million to u sebab share ur experience n info kat sini. Datangla melawat blog saya juga tapi baru ada 5 entry sebab baru start bloggging..hehehe. Buat blog seb nak share juga exprience backpaking kt korea. sangat berbaloi. entry jalan2 korea baru ada dua..hehehe... insya allah akan update secepat mungkin. ni blog saya zinziemeewah.blogspot.com

    Thanks a lot again seb share everything dan memudahkan my travel :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. thanks visit my blog n jadikan panduan. sgt happy sbb dapat mbantu. Already to ur blog n it so lovely. Nice pic n banyak tempat dapat pergi.

      Hope dpt travel banyk tempat lg..

      Delete
  14. assalamualikum mcmne nk cri kereta sewa....dekat tak ngn airport???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sharifah aqilah. Klo kt airport jeju mmg ade kaunter kereta sewa (kt kumho). Elok booking dlu guna website. Xperlu byr pape. Byr time pickup kete. English friendly. Print xconfirmtion n tunjuk kt kaunter

      Delete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Banyak info ! Boleh tak mohon email itinerary sepanjang anda disana ? Sebab bulan Disember nie akan kesana , 5orang and semua secara backpakers .. btw , semua baru 1st time nak kesana ! so , masih belum berpengalaman n masih lagi sedang merangka intinerary ! kebetulan kitorang semua K-Hallyu Fans jugak so , nak jugak singgah ke Entertainment company walaupon sekadar melihat bamgunan ^^ TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks to visit my blog. Boleh download itinearary di bahagian kanan blog ini. Boleh check juga post2 lain tentang trip kami spt.: http://kerist3rbang.blogspot.com/2014/05/korea-travel-checklist.html dan http://kerist3rbang.blogspot.com/2013/12/what-we-eat-direct-translate-kat-google.html .

      Banyak tempt yang bkaitan dengan KPOP or KDRAMA yang uolls boleh pg. Neway, banyakkan research sebelum pergi ye. Have a nice vacation. tq

      Delete
  17. Klu xkberatan bleh emailkn kt sy itinenary awk kt sne..nmpk srnok percutian korg kt sne tanpa tour guide..sy pn akn ke sne in Shaa Allah.. anislatip@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks to visit my blog. Boleh download itinearary di bahagian kanan blog ini. Memang seronok pergi tanpa ikut agency tour guide sbb boleh kurangkan pbelanjaan dan juga masa ttakhluk pd kita. Neway, banyakkan research sebelum pergi ye. Have a nice vacation. tq

      Delete
  18. Akan ke seoul n jeju awal May ni. Tgh fikir psl transport di Jeju. Ada yg kata kereta sewa murah. Mcm mana dgn minyak? Boleh share experienc drive kat sana?Kami pergi ber2 shj n tinggal di yeha city hall GH. Boleh share iti? Email kat drnorhaniza@yahoo.co.uk. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks to visit my blog. Boleh download itinearary di bahagian kanan blog ini. Saya rasa travel dgn kereta sewa sngat praktikal di Jeju. Boleh naik bas tapi jadual bas tiada dan bas tiak reach beberapa tempat menarik. Paling penting buat reservation dulu sebab kdng2 kereta y kita nak sudah habis. Sy cdgkan KT Kumho sebab website ada english traslation dan pilihan kenderaan banyak. Minta juga GPS dlm english. Minyak di sana mahal tapi jangan risau, kalau minyak penuh, awak boleh pusing satu pulau (2hari) dan banyak lagi lebih. drive di sana seperti sedia maklum sebelah kiri which is a rare experience. Pastikan ada international permit sebelum pergi sbb mereka akan minta permit tu. lesen shj x cukup. Kereta tak banyak tap hati2 jalan berbukit2. Tapi pemandangan sangat cantik. Alert dgn traffik light dan juga simpang masuk. Parking di City Hall susah sikit tp boleh je cari tempat menyelit. Harap dapat membantu.

      Delete
  19. Akan ke seoul bulan Nov nnti bersama keluarga seramai 6org. Agak2 berapa perbelanjaan yg perlu ye ? Tolak ticket flight n hotel rm5k dh cukup ke utk kami sekeluarga ? Boleh email sy x? anis_faq97@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Antara perbelanjaan yang akan diambil kira ialah pengangkutan, makan, shopping, tempat yang dilawati dan tempoh berada di sana. Pada saya, sekiranya betul berbelanja, cukup RM5ribu untuk 6 orang. Kalau awak sekeluarga pergi dalam tempoh seminggu (7 hari):

      Pengangkutan: Paling penting plan dengan teliti tempat yang nak pergi dan dilawati. Pengangkutan paling efficient ialah subway. Mungkin boleh spend 50000 - 60000 won seorang untuk T-Money (kad macam Touch n Go. Kalau naik bas kos lagi akan kurang dan consider juga tambahan sekiranya nak naik teksi sebab teksi sangat mahal. SeoulCyberStationMap - website ni sgt membantu untuk merancang pjalanan. (50ribu won x 6org = 100ribu won)

      2. Makanan: Awak boleh check entree saya sebelum ni, What We Eat. Tengokklah apa yang kami makan. Bawa la ration makanan macam serunding, sambal ikan bilis, makanan segera dari Brahim. Nasi boleh beli di minimart seperti di CU, 7E etc. Harga dalam 1500won ke 2500won, depand on brand name. Kat Korea banyak kedai pastries dan roti selain kedai kopi. Ada beberapa makanan korea yang muslim friendly (vegetarian) cthnya bibimbap, seafood. Cuma kena pastikan betul2. Kalau makan di kedai halal di Itaewon mungkin boleh cecah 100ribu won sekali makan untuk 6 orng. (Cadangan: 800ribu won utk 6 org selama seminggu)

      3. Tempat dilawati: Awak boleh tengok itinerary saya ketika di seoul. dan banykkan research di blog2 travel yang lain. Cuba explore website Visit Korea sebab mcm2 info ada. Tiket masuk berbeza setiap tempat. Mungkin boleh allocate 65ribu won seorang utk aktiviti. (400ribu)

      4. Shopping: Selalu saya tak masukkan baget shopping dalam itnerary tp sepanjang saya di Seoul, kami sgt enjoy shopping di Namdaemun sebab murah. Antara tempat lain untuk shoping, Dongdaemun, Myungdong. Itu antara yang murah la. Nak cari barang branded y mahal..Gangnam lah. Kat Seoul jga banyak Underground Shopping Centre iaitu kedai2 kecik di station2 subway bawah tanah. Situ pon murah juga.

      Kalau awak dah fix perbelanjaan hanya RM5ribu sahaja, jadi aktiviti dan perancangan makan perlu buat mengikut pbelanjaan. Pada saya, RM5ribu cukup tp mungkin kena bawa lebih sikit untuk emergency if anthing happen (minta dijauhkan) dan juga untuk shopping.
      boleh tengok post saya tentang Korea Trip Guide - Checklist.

      Semoga percutian awak dan keluarga akan happy dan selamat.

      Delete
  20. Excellant blog! saudara Boleh kongsi dgn sy iteniary?? kei3th.d.ace@gmail.com terima kasih <3

    ReplyDelete
  21. salam awak.. saya nk minta itinerary awak yang power ni.. thank you. ni my email ye: hanisaha@ymail.com

    ReplyDelete
  22. Salam.. boleh sharekan itinerary awak? saya pun pergi 8 nov ni, sama tarikh :)
    email saya : amirul.cyberbizz10@gmail.com
    Terima kasih..

    ReplyDelete
  23. bajet jat atas tu untuk seorg ke berdua?

    ReplyDelete
  24. Salam, susah ke nak drive sendiri kat Korea?

    ReplyDelete
  25. Salam, susah ke nak drive sendiri kat Korea?

    ReplyDelete
  26. Salam,

    Nak tnya senang x nak drive kat Jeju Island tu? n agak2 senang tak nak sesuai kan diri memandu sebelah kiri?

    ReplyDelete
  27. salam..boleh saya dptkan info detail itinerary program and bujet?
    boleh email pada sya Aini_nadirah92@yahoo.com
    thanks

    ReplyDelete
  28. Hi. Taun depan sye bercadang nk pgi backpack tour dgn kwn2 .. agk2 brape bajet seorg utk satu minggu include flight dgn tmpt tinggal ?

    ReplyDelete
  29. Hi. Taun depan sye bercadang nk pgi backpack tour dgn kwn2 .. agk2 brape bajet seorg utk satu minggu include flight dgn tmpt tinggal ?

    ReplyDelete
  30. korea memang menjadi salah satu tempat liburan yang terkenal, seru sekali ya karena disana banyak sekali tempat yang bisa kita kunjungi..

    ReplyDelete
  31. Mari Bercuti Ke Sabah.... 2017

    Assalamualaikum Tuan Puan...
    Bercuti la ke Sabah....!!
    Kami bersedia mempermudahkan segala urusan percutian anda di sini...

    Antara Kelebihan kami:

    Kereta sewa pandu yang murah, baru dan berkeadaan baik..
    a) Nissan Urvan RM230 sehari
    b) Toyota Innova RM200 sehari
    c) Toyota Avanza RM160
    d) Nissan Grand Livina RM170
    e) Proton Exora RM150
    f) Produa Alza RM140
    g) Toyota Vios RM160
    h) Proton Saga Flx RM120
    i) Produa Myvi RM120
    j) Produa Viva RM100
    k) Proton Waja RM120
    l) Proton Preve RM150
    m) Viva 660 RM70

    * Harga di atas adalah minimum sewa
    untuk 3 hari ke atas...
    * Penghantaran kereta percuma ke
    Airport dan tempat penginapan.

    Antara kelebihan yang anda dapat apabila memilih kereta sewa kami adalah :

    1. Pilihan Homestay dan Hotel dengan harga
    istimewa daripada kami bermula harga
    RM68 dan ke atas di Kota Kinabalu dan
    kundasang...

    2. Homestay Condominium Marina Court di pusat bandar Kota Kinabalu hanya pada harga Rm250 semalam!!!

    3. Pemandu Pelancong..
    Sekiranya anda ingin perlukan pemandu sepanjang percutian kami menyediakan pemandu berpengalaman dan mahir dengan tempat2 percutian menarik di Sabah... upah bagi pemandu kami adalah RM100 untuk 12 jam sehari...

    4. Harga istimewa ke Pulau Manukan , Sapi atau Memutik..
    Sekiranya anda memilih perkhidmatan kami, kami akan memberikan anda harga istimewa RM20.00 sahaja seorang utk tambang bot dan Percuma SET SNORKLING & life jacket ( harga utk 1 pulau sahaja).. harga tak termasuk jetty fee, island fee...

    5. Harga istimewa untuk melihat Proboscis Monkey dan Fireflies... Klias Beaufort..
    Harga RM45.00 adalah termasuk tambang menaiki bot, Hi Tea dan Makan malam...

    Hubungi kami
    0163751978
    Boleh Call atau Whatsapp


    ReplyDelete
  32. Mari Bercuti Ke Sabah.... 2017

    Assalamualaikum Tuan Puan...
    Bercuti la ke Sabah....!!
    Kami bersedia mempermudahkan segala urusan percutian anda di sini...

    Antara Kelebihan kami:

    Kereta sewa pandu yang murah, baru dan berkeadaan baik..
    a) Nissan Urvan RM230 sehari
    b) Toyota Innova RM200 sehari
    c) Toyota Avanza RM160
    d) Nissan Grand Livina RM170
    e) Proton Exora RM150
    f) Produa Alza RM140
    g) Toyota Vios RM160
    h) Proton Saga Flx RM120
    i) Produa Myvi RM120
    j) Produa Viva RM100
    k) Proton Waja RM120
    l) Proton Preve RM150
    m) Viva 660 RM70

    * Harga di atas adalah minimum sewa
    untuk 3 hari ke atas...
    * Penghantaran kereta percuma ke
    Airport dan tempat penginapan.

    Antara kelebihan yang anda dapat apabila memilih kereta sewa kami adalah :

    1. Pilihan Homestay dan Hotel dengan harga
    istimewa daripada kami bermula harga
    RM68 dan ke atas di Kota Kinabalu dan
    kundasang...

    2. Homestay Condominium Marina Court di pusat bandar Kota Kinabalu hanya pada harga Rm250 semalam!!!

    3. Pemandu Pelancong..
    Sekiranya anda ingin perlukan pemandu sepanjang percutian kami menyediakan pemandu berpengalaman dan mahir dengan tempat2 percutian menarik di Sabah... upah bagi pemandu kami adalah RM100 untuk 12 jam sehari...

    4. Harga istimewa ke Pulau Manukan , Sapi atau Memutik..
    Sekiranya anda memilih perkhidmatan kami, kami akan memberikan anda harga istimewa RM20.00 sahaja seorang utk tambang bot dan Percuma SET SNORKLING & life jacket ( harga utk 1 pulau sahaja).. harga tak termasuk jetty fee, island fee...

    5. Harga istimewa untuk melihat Proboscis Monkey dan Fireflies... Klias Beaufort..
    Harga RM45.00 adalah termasuk tambang menaiki bot, Hi Tea dan Makan malam...

    Hubungi kami
    0163751978
    Boleh Call atau Whatsapp


    ReplyDelete
  33. Salam,

    Saya Saiful dari Naracards.com. Saya ingin menjemput tuan empunya blog untuk menyertai program affiliate saya di http://www.naracards.com/affiliate.html

    Naracards merupakan travel guide ke Korea secara sendiri tanpa menggunakan travel agent.

    Terima kasih

    ReplyDelete