What We Eat (Part 1)...우리가 먹는 음식 (direct translate kat Google Traslate)

Assalammualaikum...
안녕하세요,..
Perasan Korea... Hampir sebulan sudah aku balik dari trip aku dan kawan-kawan ke Korea. Trip bermula pada 8 November sehingga 17 November 2013 meliputi Busan-Jeju Island-Seoul-Nami Island-Busan. Alhamdulillah, ada juga yang nak follow and percaya kan aku untuk uruskan trip ni. Thanks alot to #epul, #dayang, #azri n #pendz dan tak lupa pada #fadzlee n #wani.

Aku nak share apa yang kami makan sewaktu di sana. Pastinya makanan Halal yang kami cari. Untuk makluman korang, aku baget sehari 30ribu won je (breakfast, lunch n dinner). Sebelum pergi memang aku takut tak cukup je. Sebagai bekal, aku bawa 3 bungkus megi, sebungkus kopi, 8 kotak Brahim (rendang ayam n daging) n Apollo cake. Baget yang aku tulis adalah untuk lima orang.

First Day (08/11/2013 - Friday) Busan-Jeju Island
Malaysia-Gimhae Airport-40 Steps Cultural Village-Jalgachi Market-Cheju Airport- Jeju City Hall
Breakfast: Dunkin Donut (6,800 won), Lunch: Seafood (50,000 won), Dinner: Megi (bawa dr Malaysia)

Second Day (09/11/2013 - Saturday) Jeju Island
Jeju City Hall-Hyeopjae Beach-Hallim Park-Mount Sangbangsan-Yeongmoeri Coast-Seogwipo Port
Breakfast: Bread & Ommelette (complimentary guesthouse), Lunch: Instant Rice (15,500 won + Brahim's Rendang + serunding daging (bawa dr Malaysia)), Dinner: Seafood (150,000 won)

Third Day (10/11/2013 - Sunday) Jeju Island
Seogwipo Port-Hallasan Mountain-Jeju City Hall
Harini special sikit..(^^) Breakfast: Roti (beli @Paris Baugette - 8,800 won). Kami tak lunch sebab waktu lunch berada di Hallasan Mountain. Sebelah petang kami pecah kepada 2 group. Group lelaki makan kat Bagdad Cafe (77,000 won) n group perempuan makan Instant Rice (1,400 won) + Brahim's Rendang and Megi je..heheh.. 

Fourth Day (11/11/2013 - Monday) Jeju Island-Seoul
Jeju City Hall-Cheju Airport-Gimpo Airport-Hongdae-KTO-Han River-Hongdae
Breakfast: Bread + Coffee, Lunch: tak lunch pun tapi beli benda simple2 je (citer Part 2), Dinner: Seafood Tteokbokki @ Crazy TTeokbokki (29,000 won)

Fifth Day (12/11/2013 - Tuesday) Seoul-Nami Island
Hongdae-Tapgol Park-Nami Island-Dongdaemun-Cheonggyecheon Stream-Hongdae
Breakfast: Coffee & Honey Bread @ Homestead Coffee (30,000 won), Lunch: Nasi Goncang + Kimchi Jeon (32,500 won), Dinner: Burger @ Pizza Plus (32,000 won)

Sixth Day (13/11/2013 - Wednesday) Seoul
Hongdae-Namsan Tower-Namdaemun-Myeongdong-Hongdae
Breakfast: Bread + Coffee, Lunch: Japanese Food (37,000 won), Dinner: Rice & Roti Nan with 4 Different Curry @ Agra Restaurant (48,700 won)

Seventh Day (14/11/2013 - Thursday) Seoul
Hongdae-Gyeongbokgung Palace-Namdaemun-Hongdae
 Breakfast: Bread & Coffee, Lunch: Bibimbap, Sundubu Jjigae & Ramyun (39,000 won), Kebab @ Istanbul Kebab (39,000 won)

Eighth Day (15/11/2013 - Friday) Seoul
Hongdae-Apgujeong-Itaewon-Myeongdong-Gangnam-Hongdae
Breakfast: Dunkin Donut + Coffee Bean  & Kebab @Mr. Kebab (30,000 won), Lunch: Bulgogi, Galbi tang @ Muree Restaurant (92,000 won), Dinner: Kebab @ Istanbul Kebab (22,000 won)

Ninth Day (16/11/2013 - Saturday) Seoul-Busan
Hongdae-Seoul Station-Busan Station-Haeundae Beach
Breakfast: Megi + Coffee (bawa dari Malaysia), Lunch: Lamb Kebab @Samarqand Restaurant (26,000 won), Dinner: Seafood Craze (187,000 won)

Tenth Day (17/11/2013 - Sunday) Busan-KL,Malaysia
Haeundae Beach-Gimhae Airport-Malaysia
Breakfast: Bread + Brahim's Rendang + Coffee, Lunch: Jjammpong, Bibimbap, Ramyun @Food Court Gimhae Airport (49,500 won), Dinner: Chicken Lasagna + Hot Milo @AirAsia (10,000 won)

Secara keseluruhannya, jumlah besar untuk Breakfast, Lunch & Dinner = 1,013,200 won. Actually boleh kurang lagi sebab kami suka makan besar..lalalalal. Part 2 nanti aku akan masukkan makanan sampingan yang lain. (Biasa la cuaca sejuk selalu lapar). Ok, sampai sini je. ada lagi Part 2.. stay tune ok.
TO BE CONTINUE..

#kredit gambar kepada Dayang, Azri, Pendz, Epul, Fadzley & Wani

salam
kerist3rbang
13 Disember 2013
6.34 pm


DIA IBUKU

Dia ibuku,
Tiada bunga yang lebih cantik dari senyummu,
Tiada madu yang lebih manis dari wajahmu,
Tiada kain selembut belaianmu wahai ibu

Dia ibuku,
Beratus temanku tiada bandingnya kamu,
Beribu kerjaku tiada terkurang masaku,
Berjuta wangku tiada ertinya tanpa kamu,

Dia ibuku,
Pelukanmu menguatkanku,
sentuhanmu meyakinkanku,
Kata-katamu merangsangku,

Dia ibuku
Harapan setiap ibu...
Hiduplah anakku seperti manusia,,

Salam,
kerist3rbang
23 Oktober 2013
22.28

Resepi Bubur Ayam ala Korea

Salam,
Minggu ni aku balik kampung nak jumpe Mira dan Zahin..
Untuk sarapan, aku masakkan menu khas: bubur ayam yang sedap ala korea. Heheh, mmg sedap la. Ade org kate orang berpantang tak bley makan ayam. Tp mak ckp ok je.. Dan sampai skung ok lg. Ayam sumber protein yang bagus.

Aku nak share ngan korang cara nak buatnye:

1) Rendam beras dengan air selama 3 jam.. make sure pakai short grain rice.. beras lain pon boley gak..

2) Masukkan 1/2 ekor ayam, 8 ulas bawang putih, 5 hiris halia dan air ke dalam periuk. Pastikan air yang dimasukkan dapat meliputi keseluruhan ayam,  Rebus ayam selama 45 m:init.
tips: Ayam biar bentuk seperti di bawah. Jangan potong kecil. xsedap...
3) selepas 45 minit, angkat ayam dari periuk dan toskan.

4) Toskan beras yang telah direndam selama 3 jam tadi dan masukkan ke dalam stok ayam. Masukkan garam secukup rasa.
5) Kacau bubur dengan kerap untuk mengelakkan terbentuknya kerak pada periuk selain dapat membuat bubur menjadi lembut.

6) Sementara itu, ayam yang direbus tad, carik-carikkan isinya. Apabila, bubr sudah lebut, masukkan isi ayam yang telah dicarik tadi dan kacau lagi untuk 20 minit.
7) lepas 20 minit, tutup api dan masukkan sayur sawi yang telah dipotong. Kacau sehingga rata.


8) Hidangkan di dalam mangkuk dan taburkan daun bawang & lada hitam


9) Siap!!!! leh makan.. Nyummmm



Jemput eh, nk hidang untuk mira ni. Sape ak try boleh la... :)

Salam
kerist3rbang
28 September 2013
8.30 am



Kelahiran Baru

Assalamualaikum
19 September 2013 lahirlah seorang umat Muhammad SAW kedunia. Kelahiran yang tidak dijangka walhal tarikh kelahiran dijangka masih berbaki 3 minggu lagi.
Muhammad Zahin Amsyar bin Muhammad Taufiq nama diberi oleh ibu dan ayahnya.
Bagi kami sekeluarga, kelahirannya sememangnya ditunggu2 kerana ini merupakan kali pertama dalam keluaga kami. Cucu sulung bagi Mak dan Abah.
Semoga Zahin membesar menjadi anak yamg soleh, sihat,  pandai..


Bagi aku pulak, ianya sangat magik dan tidak percaya. My lil sister is officially a mom..  confirm Zahin akan dimanjai oleh kami. 

Melihat adik aku dan kawan2 lain begitu seronok dengan kelahiran baru masing, membuat niat aku semakin menebal. Hehe insyaallah.. Segalanya ketentuan Allah SWT.


salam
kerist3rbang
25 September 2013
0635