A Visit to China & Vietnam Part 3

Assalammualaikum.. hari Ahad yang malas untuk aku. Buang masa dengan melayan citer Vampire Diaries. Okeh part3 plak  trip aku pada sape2 yang nak baca...

Day 7 (15 November 2012)

5.00 pagi : Kami tibe di Lao Cai. Tidur yang nyenyak dalam keretapi. Turun dari train kami di approach oleh agen2 pelancongan untuk bawa kami ke Sape Village. As usual, kami menolak n cari alternatif lain untuk ke sana. Kami menaiki mini bas menuju ke Sapa Village. Sapa Village ni mcm ala-la kampung kat French la..mmg ada gaya french. Di sana, kami check in di My Lin Hotel. Cuaca sejuk dengan suhu sekitar 15-16 C. Walaupon x sesejuk London, aku yang tak biase sejuk ni menggigil gak la. Kwn2 lain bergaya dengan jaket yang diorg beli kt Guangzhou..aku pakai la sweater nipis aku beli dr KL dengan shawl.

10.00 pagi: Kami sewa mini bas yang bawa kami naik ke Sapa Village menuju ke Cat Cat Tourism Area. Pemandangan sekitar sangat cantik. Tp suasana macam kat Sabah je. Biasa lah kawasan pergunungan. Jumpe dengan beberapa etnik minoriti kat sini. Surprisingly, boleh dikatakan semua orang2 yang aku jumpe ni boleh cakap English! that wows me...  ye la kan kt Hanoi yang bandar tu pon org2 nye tak reti berbahasa English, kt kampung ceruk atas gunung ni, masyarakat asli lak tu. pandai cakap English. Oh, by the way, nak masuk village ni pon kene bayar. tak silap aku 40.000 Dong. Yang best nye kami kene berjalan kaki menuruni kampung ini. Maksud aku menuruni is... the first part of exploring Cat Cat ialah menuruni tangga. kiri kanan memng penempatan. Sepanjang jalan, korang akan jumpe gadis-gadis or makcik-makcik etnik yang kan follow je korang minta beli barang kraf diorg. ade gak gerai2 cenderamata yang cantik2 memanggil korang untuk beli. Sadly, aku langsung xde duit Dong mahupon Dollar. menganga je la kan. Then, the 2nd part semestinya menaik.. sbb dah turun, naik plak. tu yang sakit tuh. well, apart my exercise for today. Rase dah banyk kalori aku bakar ni.

3.00 petang: Kami turun di pekan Sapa. kat sini memng korang bleh nampak ramai giler pelancong2. Suhu makin sejuk, badan yang penat dan perut yang lapar. Jalan2 tgk kedai2 yang jual barang2 hiking, jumpa lah satu kedai halal, Bombay Rest. nyummie..terus masuk n order. So, makan tengahari + malam skali lah ni.. tp menunggu makanan siap,, ouh... lame giler... tp penantian berbaloi sebb memng sedap!.. tak tau la sebab lapar sangat ke tp mmg sedap lah.. Oh, btw kasut aku dah mula menampakkan tanda2 tercabut nye tapak. Tukang kasut tepi jalan ofer nak betulkan tp aku xde duit! so, diam je lah.. Kami berbincang sama ada mahu naik ke Fansipan atau tak sebab kan kekangan masa dan cuaca. Biase kalau naik ambil masa 2 hari tp kami dah beli tiket balik ke Hanoi esok ptg. So, kami pun simpanlah rancangan untuk menakhluki Fansipan. Tp, En.Amir, Enoi n En.Ady kata alang-alang dah sampai nak jejak juga. So, bila tanya2, diorg still boleh sampai puncak dlm masa sehari. Tp, kene betul2 fit n they want to challenge it.

8.00 malam: Aku n Dayang berjalan2 sekitar Sapa Village. Hajat hati mau carik kasut. aduh, nak tukar duit RM ke Dong tp diorg bg rendah sgt... aku x sanggup lah. Tdo...


Day 8 (16 November 2012)

3.00 pagi: Ketukan kuat dari luar pintu bilik aku. ouh lupa lak, Amir, Enoi n Ady nak gerak g challenge Fansipan. Aku turun bawah konon nye nak menghantar diorg lah. La, smpai depan pintu hotel je. Cuaca sangat sejuk+tanda2 hujan. Wonder mcm mane trek fansipan nanti. Well hoping their journey will fine and safe, i back to my room n sleep some more!!..huh.

10.00 pagi:  Aku, Dayang, A.Fendi, A.Lan dan K.Serina pegi jalan2 lagi sekali kat area downtown Sapa. Fuh..banyk giler barang2 murah compare dengan kat town semalam. Suhu area 13 n aku dengan selamber nye pakai selipar jeh.. sejuk menggigil la... kat sini banyk jual barang hiking and one of them is shoes..the one that i should get one. tp xde duit!. tak kan nak pinjam kt diorg kan.. 

1.00 tengahari: We had lunch at Bombay Rest. Restoren semalam gak. itu je yang halal. Bungkuskan untuk mereka yang naik Fansipan sbb kalau ikut jadual diorg should balik ke hotel jam 3 ptg. So, after lunch, aku berjalan sorang diri dengan xde duitnye sejuk2 pakai selipar je. Dpat kedai kasut.. beli 1 pair kasut n stokin using my Mastercard.. ugh... dah terdesak kan... so, bile jalan kt downtown utk catch up Dayang n lain2, jumpe lak kasut y lebih cantik dgn harga y lebih murah.. sadly no mastercard... okeh.. straight to Hotel and the other 3 guys already back. Cuma Amir sja yang berjaya sampai ke puncak.. yang lagi 2, x lepas. So, proud of them!. 

4.00 petang: Kami pack untuk balik. mini Bas dah tunggu untuk kami ke Stesen keretapi. Satu jam perjalanan. dlam mini bas, aku bsembang dengan sorang traveler dr England. hensem..hahaha. 

6.00 petang: dah gelap. naik train ke Hanoi. I did something. Dalam bilik aku ni, ade seorang bapak budak. kati die atas katil aku. So, die suh anak laki die naik ke katil atas n tdo skali ngan die. Kesian lak, aku suh budak tu tdo kat katil aku  sementara aku wondering ke hulur n kehilir. 

Day 9 (17 November 2012)


4.30 Pagi : Sampai dah Hanoi. Mencari2 hotel murah seang je sebab banyak giler hotel murah area Hanoi ni. Check in kt Wing Hotel. Okeh, mandi2 and bersiap untuk jalan2 lg. 

10.30 Pagi: Kami dapat map Hanoi dan mengambil keputusan untuk berjalan2 sekitarnya. Misi mencari Restoran halal lah. Mcm biasa sambil jalan2, ade banyk kedai2 tarikan pelancong. Sebab aku xde duit, melihat2 barang adalah prohibited! lalalala. Akhir nye, setelah jauh berjalan mcm wat compass marching je, jumlpe lah gak Restoran Nisa.. orang Malaysia punya taw... masakan melayu tp ade kureng sket...sebab bkn org Malaysia yang masak. Owner restoren ni dah duk kt Vietnam dekat 10 tahun n dah kawen pon ngan orang sana. Tp die still Malaysian. Lepas lunch, kami jalan2 lg. banyk kedai cenderamata areani. Ramai gak orang Malaysia kat sini. Aku jumpe money changer yang nak terima duit Malaysia + kadar tukar tak rugi sgt. tensen dowh xde duit!. So, bile ade duit aku melaram la rembat beberapa barang. lalalal. menggigil tangan beberapa hari xdpat shoping. Setel berjalan2 kami balik ke hotel.

8.00 malam : Kami keluar lagi sebab dgr cerita ade pasar malam. So, kami keluar untuk menghabiskan duit yang ada sebelum berangkat pulang ke tanah air esok. Makan malam kami di restoran Tandoor, halal lah ang pastinya. Selesai makan, kami gerak balik hotel. sempat gak menyinggah kedai kraf untuk habiskan duit yang ade.

Day 10 (18 November 2012)


Hari terakhir untuk trip ni. Flight balik naik MAS pukul 1.10 waktu Vietnam. Last day ni x wat pape cuma packing barang je.


Berakhir sudah pengembaraan aku. Banyak pengalaman dapat aku kutip. Berada di negara orang bukan bererti kita lupa kan negara sendiri tp lebih kepada untuk kita buka mata tentang betapa bertuahnya kita tinggal di Malaysia. Nak menagis pon ada bila lihat tatacara kehidupan mereka. Mungkin ada beberapa perkara yang kita perlu ambil sebagi iktibar dan pengajaran.  My next country would be Indonesia (again?) n Thailand. 


salam
kerist3rbang
2 Disember 2012

A Visit to China & Vietnam Part 2

Ouh..salam

Dalam entri sebelum ni aku de citer dari first day sampai hari ke 4. Aku nak wat statement nih!..Aku pergi trip ni gune duit sendiri n ini blog aku.. suke ati aku la nak citer panjang lebar atau x.. kalo rase cam menyampah xyah bace okeh...

Day 5 (13 November 2012, Selasa)




5.30 pagi:  Sampai Naning. kami dah tak tahan sangat nak kencing, keadaan toilet sangat la tidak memuaskan hati. tahan je la nak kencing tu. En.Amir dpat cari teksi bawak kami ke Lotusland Hostel di Naning atas maklumat dari blog yang die dah siap print. Sampai kt hostel, malang nye tak boleh nak check in sbb penuh...tp nasib baik la ade 2 org French nak checkout pagi tu. Sementara tunggu diorg check out jam 11, aku, Dayang n En.Ady pegi jalan2 kat bandar.  Aku ingatkan Naning ni cam kampung2 je..rupenye bandar jugak...jalan die luas. jalan2 tjumpe lak alas meja yang cik Kidah kirim tu..Cik Dayang borong abes la..aku beli teh cine je..murah lor kat cni.. Dah setel jalan2, balik hostel still x boley nak check in lagi. Kami pon mandi2 je dulu. makn megi. Nice hotel ni, ade service laundry.




11.00 pagi:  Dapat bilik, terus kuar jalan2 area Naning. Mission cume nak crik kedai makanan halal je.. kami jalan2 pusing2.. jauh gak la.. akhirnya jumpe gak rest halal.. Islamabad Muslim Rest. Tgk pic2 kt cni ade gamabr masjid kt Malaysia. Kenyang makan, kami jalan2 lagi.. Balik ke hostel, aku, Dayang, En.Ady n En.Amir nak gi Nanhu Lake Park. kami naik bas no 8. (gamble je nih) Ingatkan taman cam kat Yuexie park..rupenye kosong je..xde pape.. balik tu siap2 lah kemas barang sbb esok nak gerak masuk Vietnam. Malam, kengkawan aku yang lain g carik makan. Aku lepak kt lounge kat bawah makan megi sambil buka emel yang dah lame xbuka.. emel kt bdk ofis tentang keje2 semasa.


      

 Day 6 (14 November 2012, Selasa)

6.00 pagi:    Bersiap-siap untuk meninggalkan Naning. Bas pukul 8.50 pagi. Lotusland Hostel ni mmg aku rekemend la.. bagus sangt. haha.. tp cuma katil campur laki pompuan. Kami gerak jalan kaki dalam 1 km ke stesen bas. Jumpa lak cewek indonesia yang belajar di china..so, senang sket komunikasi dengan org bas.



8.50 pagi: Kami naik bas menuju ke Vietnam. Tiket bas harganya  ¥148. Pemandangan dari Naning menuju ke Vietnam memang cantik. Sebabkan kamera aku biase2 je tak dpt la ambil gambar yang lawa. semua blur.. Berhenti sekejap untuk lunch. Kami minta nasi putih je. makan dengan serunding bawa dari KL. Berdebarnye nak masuk ke border China-Vietnam. Bila bas sampai kat border, askar naik bas check pasport sorang satu. Kemudian kami diminta turun untuk lalu immigration China. Setel kat immigration China, masuk lak kt Immigration Vietnam.. lain sket rasenye... Kalau kat China at least boleh la nak ckp ni haou ma.. skali masuk Vietnam tak tau nak cakap pe.. Bila semua urusan dah selesai, kami naik bas menuju ke Hanoi Vietnam.



 3.00 petang: Sampai kat Bandar Hanoi. Turun je bas ramai giler dah agen2 pelancongan datang kat korang. Sebab merasakan diorang ni bagi mahal, kami pon lari la dari diorang. Cari teksi dan terus menuju ke stesen keretapi. Kelakar giler bile tanya kat orang sana kat mane arah keretaapi.. Mereka xpaham. last2 guna body n sound languange.. wat cara keretapi bergerak siap dengan bunyi sekali. Kami lepak kat stesen keretap sebab train kami ke Lao Cai pukul 8.00 malam. Harga tiket 356.000 Dong. Solat kat sini je takut dlm train nanti x de tempat. Makan malam sempat la juga beli beger ikan.
















8.00 malam:  Kami naik keretapi menuju ke Lao Cai. Aku memng teruje lebih sebab ni first time aku naik Keretapi. Kat Malaysia pon aku x penah naik taw. Dalam bilik ade 6 katil.. sardin la dlm tu.. Berkenalan dengan mamat Vietnam. Alorh, xreti BI lak.. aku sembang gak ngan dia tp die tak paham langsung. Last2 guna translator kat hp je,.. klaka kan.. Sepanjang malam sebelum tiba aku tdo je. 









Cukup la ek untuk kali ni. Nanti aku sambung lagi. Panjang giler nih.. 

P/s: credit pic untuk Cik Dayang


salam
kerist3rbang
30 November 2012
14.07 petang



My Backpacking Trip To China & Vietnam


Assalammualaikum n Salam Sejahtera...

aloloiii...skema lak..  urgh skali lg aku berjaya menjadikan blog ni bersawang semula... namun, atas permintaan sahabatku bebeq (minat melabur emas, contact r die ek) aku pon menggagahkan diri curik mase tidurku.. Aku sangat excited kot... sebabnye trip kali ni g jauh sket n dapat cover 2 negara terus. Objektif trip katenye untuk panjat Mount Fansipan di Vietnam dan shoping giler2 kat Guangzhou..

Day 1 (9 November 2012, Jumaat)


2.00 petang: Kami berkumpul di McD LCCT (time tu blom boikot lg). Rombongan kami 8 org(3 Perempuan 5 lelaki). Flight pukul 4.25 petang dengan AirAsia menuju ke Ghuangzhou. Tiket flight RM558.00. Sebelum naik flight dah ckp ngan cik Dayang...xmo ah makan dlm flight. tp...heheh beli la Pak Naseer Nasik Lemak RM13.00. sedappp... 

8.20 malam: Sampai dah Guangzhou, tetibe rase nak terkencing..haha jgn lupe bawak wet tissue n botol berisi air. aku bg duit ground kt en.Amir.. RM1000 (1000 CNY + 160 USD). Pasni kalo aku highlight words kale merah maknenye gune duit ground la ek..Dari airport kteorg trus ke stesen metro a.k.a train. Ketua rombongan En.Amir pegi r beli kad metro utk kami setiap seorg.. So, dari Baiyun Airport kteorg naik train Line 3 (kaler oren) ke Jiahewanggang. Dari situ kteorg tukar ke line 2 (kaler biru) terus ke Guangzhou Railway Station. Aku kagum gak la ngan sistem subway die..sume main bawah tanah je. Dun worry pusat informasi ade...

10.00 malam: Sampai kat Guangzhou Railway Station  kami jalan kaki sejauh lebih kurang 1km la gak untuk carik hotel.. Sampai je tempat dituju, kami check in kt hotel namenye Xiushan Building. Murah la gak dalam  ¥230 semalam. Okeh la aku share 3 orang. Budak2 laki share 5 org. Tp katil die keras cam kayu...kat sini ramai org Africa.. ramai giler sampai kengkadang aku rase cam berade di Africa la..Sampai jek, disebabkan masing2 kebulur, kami gerak g makan kt Restoran Makkah (aka mamak la). dekat je..kt blakang hotel ni. Korang xyah risau soal makan la..banyak rest halal kat cni.. yakin tak yakin je. Aku makan Aloo Paratha..sodap.. Setel sume..balik bilik tidooo..

Hotel tempat kami menginap

 Day 2 (10 November 2012, Sabtu)

Bangun pagi, sarapan roti bawk dr KL. Dlm bilik ade water dispenser. so, wat la air milo. So, kami gi la jalan2 kat Guangyuan West Road. Perrr.. tempat ni digelar syurga Jam tangan...banyk giler kot..tp satu pon aku x singgah.. Member2 aku ni kaki panjat gunung. Kat are ni ade banyk giler kedai jual barang2 hiking..cam jaket, wind breaker, kasut, sleeping bag..murah2 la... sume jenama terkenal lah... sebabkan aku ni dah retire naik gunung, so aku window shop je la.. tengok la gak baju sejuk ala2 korea..berangan dengan cik Dayang nak g korea..heheheh.. sempat gak aku merembat 4 helai shawl.


Makan tengahari kat Rest Madinah. Dekat je dengan hotel. Kali ni makan nasi putih+sayur campur+kari ayam (kot). Makan tengahari pon masuk duit ground. So, pas kenyang masuk bilik masing2. Sembahyang dulu. Setel sume kami keluar balik. 

Naik teksi menuju ke Pearl River.. Tempat ini cantik waktu malam cantik sebab banyak lampu. Tapi kami bukan nak tgk river sangat.. komfem la nak shopping. Kat area ni terkenal dengan barangan elektronik.Nafang BuildingXi, Er Rod Liwan Area... makaqihhh..murah giler... compare harge kt cni ngan the femes LowyAtt..diorg boleh untung 250%...lalalala. tp whole sale la.. mcm biase kengkawan aku ni y shoping...aku follow je la.. tgk casing Galaxy Note 2...haha..nak rembat 1 tp penjual tu x kasik sbb kene beli banyak.. txpe beli casing dulu...Disebabkan xtahu nak beli ape, aku sebat je la 1 batery bank n 1 headphone beat  lalala..murah kan... Diorg siap beli AlQuran digital lgik.. murah je dlm RM75..kat Malaysia?? carik r kalo dpat RM75



Rehat sat kat area bawah jambatan pejalan kaki, ade mamat cine ni jual satey kambing. Sedap n halal.. So, was-was pon dah xde.. sedap gile satey die...¥1 sebatang.. yummm..So, pastu jalan2 la area tuh.


Kami gerak ke Beijing Road naik teksi. Tempat ni cam sophisticated la sket.. cam urban la... kedai2 pon stendet2 la.. xde shoping ape lah kt sini..cam jalan kt area bintang walk je... tp yang istimewanya tempat ni masih simpan tapak lama jalan kt cni. so, zaman canton dulu la. kami makan malam kt mcd. (makan la ape yang boleh dimakan). balik tu kami jalan kaki menuju ke stesen Gongyuanxian. dari sane naik metro ke Guangzhou Railway. sampai hotel, mandi, sembahyang,....tidoooo...

Day 3 (11 November 2012, Ahad)

 urgh..pagi yang malas...sarapan pon kt bilik biskut2 kering n milo. Pagi ni agenda aku n cik Dayang jalan2 kat Guangyuan West Road lagi. Misi mencarik jaket nike Cik Dayang tuh. Masuk kedai2 ni, aku pon tunjuk r skill cakap mandarin. sket2 je, skali tokey kedai terus cakap mandarin ngan aku..sepatah pon akau tak paham. Cik Dayang melarang aku ckp mandarin lg dah,,,hahaha. Kali ni leisure sket la sbb tak terkejar2 sgt. beli kan mak rantai mutiara n aku beli jam tangan. Hari ni jumpa ramai Malaysian.  Makan tengahari kat Rest Madinah.. Terserempak dengan rombongan dari Malaysia, penuh rest tu... 



Habes makan balik bilik rest n solat. pastu kuar balik ke Pearl River tu. Nak amek barng yang diorg oder semalam. Cik dayang kongsi ngan dak2 lain beli earphone beats...nak bg kt bdk ofis..aku dah beli mp3 20 bijik nak bgi bdk ofis. Tetibe dapat maklumat yang ade tempat jual kain2. So, kteorg naik teksi ke Dashatou 4 Malu. Kat sini jual langsir murah2 n cantik2.. terserempak lagi ngan rombongan dari Malaysia. Aku n cik Dayang tlg crikkan kain untuk wife n anak kawan2 katenye.. aku x beli ape lah..Dayang nak crik alas meja, Cik Kidah pesan tp xjumpe.. Habes menyoping, aku, Dayang,  naik cruise. harga ¥68 (sendiri) .sejuk makaih x hengat... okeh la..cantik la kiri kanan dilimpahi cahaya.. amek mase dalam 50minit.. abes tengk lampu gerak la naik teksi balik ke hotel. Lepak kt Rest Makkah jap makan Aloo Paratha,, Balik bilik tidooo...




Day 4 (12 November 2012, Isnin)

Aku bangun awal sket.. siap2 aku kuar jalan2 sorang2.. duit dalam poket ade RM n USD je.. duit yuan dah abes dah...dari hotel aku jalan kaki tengok lagak org Guangzhou caner start hari.. Aku lalu kt kedai makanan segera. Staf kat sane wat morning call lgik..dasyat..siap ade tepuk semangat..aku jalan sampai metro..dari metro aku, turun ke Zanxi Lu... banyk giler kioks2 sarapan kt sane... dah la perut lapar..cam sodap jer..tp aku x bley makan... tp, nampak kedai cina muslim kt situ..cam sodap je...tp xde duit. so, aku pon gamble tukar duit USD ke duit Yuan. Dapat r makan Dumpling Soup..sedap....Jalan2 lg dpt la aku rembat  sehelai baju kuning, 3 helai baju biru utk adik2 aku n dompet.











Balik hotel, ikut Dayang, Enoi n En. Ady g Sunshine Over the Yuexie Park naik metro Line 2 ke Yuexie Park. Hajat dihati nak crik fridge magnet utk kak Z n keychain..katenye kt cni ade banyk cenderamata. Masuk free,taman ni mcm taman kt Shah Alam la cume banyk sket pokok2 cam hutan. Jumpe gak ramai pelancong Malaysia kt cni. Dah beli ape yang kteorg nak, balik naik metro ke Guangzhou Railway. On the way balik tu nampak keledek bakar..beli la...hahahah. Makan tengahari kat Rest Makkah. 





Harini kami checkout. Nak gerak pegi Naning. Sebelum gerak kami makan malam dulu kat area PanBo Food Street. Ade medan selera la.. Makan Tehran Sanwich (halal)..besar giler sanwich die..aku simpan wat bekal sepanjang perjalanan ke Naning yang mengambil masa selama 12 jam. makan fries je.. Dah kenyang, sume gerak gi stesen bas yang dekat dengan railway station je. Bas ke Naning sangat spesel coz aku x penah nampak kt Malaysia. Dalam bas ade katil. kena buka kasut...wah... dalam bas tdo la ape lg... nak tengok pemandanagn memng x boley r sebb gelap.




Okeh, tu jelah untuk kali ini.. Hari ke 5 onwards aku share later la ek.. ngantuk sudah.. nak prepare untuk 4 carita 4 hari ni pon makan masa 2 hari.. keh, to be continue...


p/s/;kredit gambar Cik Dayang..

salam
kerist3rbang
29 November 2012
1137 pm

Raya Kali Ini...

Assalammualaikum!

hai uolls.. adekeh?

lama tak update. well, time not permitted. Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini sudah pon berlalu & tak sabar nak menunggu Ramadhan tahun hadapan. macam biase, kita perempuan komfem tak penuh puasa kan..

Raya tahun ini agak meriah dan happening.. aku cuti seminggu, dari hari Jumaat dah balik. paling best adik-adik lelaki aku mengemas rumah. Ajim plak wat kek.. die memng suke buat kek. sedap lak tu. aku? mengarah je..hahhaha...

Kalau zaman kecik2 dulu, pagi raya komfem aku la tukang menghantar makanan raya dalam talam kat jiran-jiran. tapi semuatu  tinggal kenangan je.. aku sendiri pon tak ingat bile amalan tu stop. Kan best kalau still lagi on. kan? tapi yang penting tradisi main bunga api still on. lagi best kampung aku wat meriam batang kelapa kat surau. siap kutip duit setiap satu rumah wat modal beli carbait.. malam raye berdentum2 la.



Tahun ni beraya pakai kereta baru. heheh..tema baju kaler biru..Selepas sembahyang raya, kami satu keluarga gerak ke rumah Bik Nani di Sungai Besar sebab nenek sebelah abah ade kat sane. lepas makan2 n bermaaf-maafan, gerak pula rumah Embah sebelah emak di Sabak Bernam. Pas tu on da way balik umah, singgah rumah tok guru mengaji.

Sampai umah, ingat boleh rehat, x sangka pulak kengkawan baik aku nak datang lak.. buang tebiat pe datang time first raya.. hihi aku layan je,,,Time raya ni la kita nak jumpa sedara mara, kawan-kawan untuk bertanya khabar & hal masing-masing. 2nd raya sepupu2 aku datang. tp x sempat nak masak menu special,, sori ek..



3rd raya: Menu special: Mee Udang tp aku x masak n xrase pon. sbb kuar dengan kawan2 sekolah menengah. tahun ni jumpe ramai kawan. ok lah. ade beberapa yang missing sbb masing2 dah ade family sendiri..


Raya-raya seterusnye..xde gambar...hihihi.. Raya ke 4: menu Bihun Sup Utara Special, Raya ke 5: Mee Goreng Singapore Special, Raya ke 6: Mee Rebus Special n Sate Ayam Bagan Datoh. Raya ke 7: Mee Goreng Basah Special.. nak taw sebab apa special? sebab aku yang masak. hihih


hurm, aku betul-betul seronok dan bersyukur Aidilfitri kali ini. kepada readers kerist3rbang, aku nak mohon maaf kalau ada yang tertulis menyinggung perasaan mana-mana pihak n masih belum terlambat nak ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri..

Tahun depan harap boleh beraya berdua.. tettt..hahhaha. doakan yang terbaik..

salam
kerist3rbang
27 Ogos 2012
12.34 am


A Stalker

Assalammualaikum..hai..

Amacam puasa korang? ade yang semput? gastrik ke? hihi... Aku setakat ni alhamdulillah..penuh, sempurna. minta2 Allah terima puasa aku.

Pagi2 ni aku nak cerita pasal stalker. korang ade stalker? atau korang sendiri adalah stalker...hahaha
Kolo ikut kamus En.Wikipedia, STALKER is someone engages STALKING. Kalo ikut En.Google, STALKING ialah KETENTERAMAN dan UGUTAN. Fuyoo... kalo ikut pahaman aku..STALKER ni psiko.

"woi, tengok ape tu?"

 Kalau dulu stalker ni akan follow je kemana orang yang dia target pergi, skung ni kat laman sosial cam Facebook, Twitter, Friendster (ade org gune lg ke) takpon blog, orang boleh follow gak. Follower tak salh kalau setakat nak buka photo album atau baca post2 yang lama. Tapi, kengkadang niat murni nak follow just for friendship akan disalah erti. tp Kalau dah constantly komen pelik2, msg2 ngengada, tak psiko namenye?


Aku pon kengkadang ade gak buka fb org y aku suke tp xde lak sampai nak stalking2. Aku tak paham la, kenapa la di bulan yang baik ni ade lagi orang buat kerja2 macam ni. Kalo aku dah kata tak suka..merimaskan..ape lg?.. nak aku sumpah jadi mcm ni.. 



muahahahha... its kinda scary dowh.. so, for all the hardcore stalkers outhere, ape motif korang sebenarnya? nak menakut-nakutkan orang? bak kate kawan aku.. "biarla..org x cukup kasih sayang". nak biarkan pon x boleh since dah melarat sampai nak msg2 aku segala.. aku dah syak seseorg tp biarkan dulu.. malas nak ambil tahu. Aku wat entri ni pon nak ko bace je...

salam
kerist3rbang
23 Julai 2012
6.15 am

Kudaku Tengku Putih

Assalammualaikum..hai

Hari ini hari pertama puasa. seting jam pukul 4.30 tp bangun jam 5.00. ok la kan dari terlajak. Call Kampung tanye emak, abah n adik2 sahur ape. Alhamdulillah... Emy sahur kat rumah member die kat Shah Alam, Mira pulak sahur kat Hospital sebab tengah kerja. nurse la katekan. aku lak sahur ngan PAMAN n CIKZU.

kat Parking ofis.
Puasa tahun ni cube nak khatamkan Quran memndangkan tahun lepas tak sempat. Sebenarnya bukan nak citer pasal puasa... tapi nak cerita pasal kuda baru. Tengku Putih..

June 25 arituh minta tolong cik norela hantar aku g kedai Rimau. amek kuda baru. bedebar je hati ni.. ceh...so, bile dah hand over tu. bawak balik dengan hidung kembang kempis! hahah.. ramai memerhati.. almaklumlah, plat baru, pastu model kuda baru gak.hihihi.

Ade yang cakap nape beli kuda tu, sebab utama nya ialah untuk kegunaan harian lah. kan? before this aku guna kuda dari jenama Rimau gak (Sang Wira & Hang Persona).Sang Wira dah uzur.. xsesuai bawak kt kota metropolitan ni (BBB dikire metropolitan ke ek?). Hang Persona lak bagi kat mak n abah. so, senang bawak jalan jauh2.

Ade plak yang tanye, nape beli kuda tak bagtaw awal-awal, tak tanya dulu. sebab aku tak nak menyusahkan orang lain. dan aku boleh buat sendiri sume prosedur. Kadang-kadang orang sekeliling suka nak wat aku rasa menyesal. "kenapa beli kat kedai tu la", kenapa beli kuda jenama tu la","kenapa buat loan kt bank tu la", "kenapa beli kaler tu la," kenapa..kenapa..kenapa.." kenapa tak tunggu dulu, mesti boleh beli kuda impian" haish..
Mungkin sebab mereka ambil kisah dan ambil tahu. terima kasih diucapkan.

Minggu depan nak bawak Tengku Putih g service for first time. Aku bangga sebenarnya bawak kuda aku  ni. Walaupon Tengku Putih bukan lah idaman hati aku selama ni, tapi akan ku hargai kerana ni kuda pertama aku beli.

Bawak balik kampung aritu, abah bawak pg jalan-jalan pusing kampung. Bangga nyeh. Aku tahu bukan sebab kuda baru abah bawak jalan2 tp sebab nak bgtau yang anak dia pon dah boleh beli kete. sebelum ni Mira beli kuda baru pon, Abah bawak jalan2 pusing kampung.

Raye tahun ni penuh la kuda kat umah aku. Tiga orang anak yang dah kerja sume ade kuda sendiri.
Alhamdulillah...


salam
kerist3rbang
21 Julai 2012
6.13 am

Berbudi Pada Tanah..:)

Assalammualaikum..hai..

Balik dari ofis td, parking kt luar rumah. betul2 tepi pokok pelam. nak kuar kete je ternampak buah pelam yang jatuh atas tanah. kuning dah...
pastu check la buah2 yang lain yang dah siap dicover ngan kertas surat khabar. ade yang dah masak.

masuk rumah, tanye kat cikZu, siape nye pokok? Yela, ade gak pokok mempelam depan umah yang selalu buahnye masak ranum dibiar gitu jee. sebab bkn kite punye, takkan nak ambil pulakkn? Cikzu kate "kite punye la". hehehe.. ape lagi aku rembat la gunting nak g amek buah yang dah masak..

Alang2 dah nak puasa ni baik rase dulu..kalo tak..kempunan. Mangga ni sesuai sangat ngan cuaca kat BBB. Panas dan kering.. cume akhir2ni je mendung dan hujan. sejuk semacam...


ni kalo sume masak serentak ni..hiihihi...

jeng...jeng...jeng.. mnarik betul la kaler die...
tadaaa.... sempat amek gambar dulu. tp sebenarnye ade 1 lg yang dah selamat masuk perut! hihiihih 

rupenye, ini ikhtiar my PAMAN balut buah2 ni dgn paper. Jgn bagi rosak..

sorry ek..gambar x lawa. amek gan hp cokia je...
 Aku memng suke makan pelam a.k.a mempelam a.k.a mangga. yang PAMAN aku tanam ni  mangga madu.. so rase die memng madu la..manis giler! sedap.. xyah singgah kat Sekinchan... PAMAN rajin tanam pokok pisang belakang rumah. dan hasilnye dah banyak kali aku rase. besar2 giler pisangnye. nanti aku update dgn pic terbaru.


Kat umah di Kampung Sungai Sumun, banyak pokok pelam ni. tp bukan jenis yang madu ni. mak n adik2 aku suke betul makan time masam2..aku x suke la... Dulu, kat depan umah aku ade satu pokok pelam yang besar tp berbuah 2 kali je setahun. pastu buah die sebiji je. tp sedap giler.. penah rase sikit. itu pon share dengan burung sbb burung dah patuk dulu... tp skung dah xder.. dah rate dah depan umah tu. wat tanam pokok kelapa sawit..:(


tp yang sebenarnya, berkebun atau tanam pokok buah-buahan ni sangat berbaloi lah. selain kite dapat merase buah2 yang sgt best ni, kite ley share dgn jiran-jiran tetangga. so, Kak Syafura, nanti kalau banyak buah dah masak, sampai la 2-3 biji kat umah.


salam
kerist3rbang
19 Julai 2012
10.01 pm


Running Man: Program pecah perut!

Assalammualaikum. hello..

Sekarang ni aku kat kampung... sejuk giler malam ni. biase la rumah kampung. baru pas mandi air kolah lak tu..

sementara menunggu mata ni nak ngantuk, aku nak citer sket tentang satu program dari Korea Selatan (KS) yang best giler...Running Man (RM)... Kalau kat KS, RM ni kategori variety show.. 
Rancangan ini cam buat race la between member dan buat benda2 merapu. tp pecah perut sebab diorg memang lawak, kelaka, slamber dan spontan giler.


Program ni start tahun 2010. Aku start perasan RM ni time Episode 70. sebabkan xpaham, aku download la dari episode 1 - 69. Since tu aku follow la setiap minggu. Yang best citer ni diorg promote tempat2 menarik kt KS. Buat rase nak g KS membuak2..hihih..

ni logo rasmi RM
Sekarang ni RM dah ada 102 episode. dalam banyak2 episode tu, ade beberapa yang memang feveret aku lah. tgk banyk kali pon x boring.









Aku kenalkan dengan cast utama RM..

1. Yoo Jae Suk a.k.a grasshopper a.k.a Yooruce Willis a.k.a Yoomes Bond a.k.a Yoo Hyuk.
Ajussi ni femes giler kt KS. dikenali sbg National MC, die dikira cam ketua gak la. obses ngan warna hijau walupon x mengaku. 
2. Kim Joong Kook a.k.a Sparta a.k.a commander, kookie, Tiger
Mamat ni tengok badan pon dah tau. Anggota terkuat dalam RM. suke buli yang lain. Otak cam detektif. 
3. Kang Gary a.k.a Gae-colasCage a.k.a peaceful Gary.
ni klaka giler. ekspresi muka dia. paling penting die xpandai menipu.. . Gary popular sbg Monday Boyfriend, couple dgn Ji Hyo tp bila Ji Hyo open relationship die dengan CEO syarikat...Monday Couple cam dah xde..
4. Haha a.k.a haroro a.k.a penguin
boleh dikatakan kalo xde palyboy ni dlm RM, memng x life la...suke makn daging, kalau guest perempuan y cun je, sebuk ckp i love u.
5.Song Ji Hyo a.k.a ace a.k.a missMong a.k.a Song jiYok
mck ni lak lawa, tp imej tomboy giler dlm RM. selalu je cam blank..xtahu ape2.  tp selalu dpt unexpected dr die
6. Ji Suk Jin a.k.a Big Nose Hyung, a.k.a impala

Atuk ni klaka gak. selalu die nk la yang keluar dr race dulu. Die ni yang paling tua  dlm RM . awal2 dulu slalu bpasangn dengan YJS tp akhir2 ni dengn LKS.
7. Lee Kwang Soo a.k.a betrayer, framer, giraffe 
Angg0ta paling muda la. selalu kena buli, diperbodohkan. tp aku paling suke die lah. Ramai oo fans die. Dikenali dengan ikon of betrayer.
8. Song Joong Ki a.k.a Brain Joong Ki a.k.a Active Youth
Walaupon die ni da x jadi member, tp die diingat sebagai anggota yang paling bijak dan aktif tetapi seriing bernasib malang 
9. Lizzy (After School) a.k.a Busan Girl
Walaupon sekejap, tp die dikire member gak. sangat ceria dan digelar vitamin kepada ahli2 RM yang lain

 HAhahah..penuh pasal RM je. aku xde la obses giler ngan RM, tp okey lah dpt hilangkan sakit kepala aku k ofis. 


salam
kerist3rbang
14 Julai 2012
11.59 pm