menyesal

Assalamualaikum..

nasihat yang baik selalunya datang dari orang tua kita. sebab mereka lebih kenal dunia dari kita. ada beberapa perkara yang aku pilih kadang-kadang aku endahkan je nasihat diorang. darah muda katakan... and i admit it now...i'm regret! walaupon orang kata "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna", aku tetap rasa menyesal.


salam
kerist3rbang
16 jun 2012
8.23 pm

Kereta paling Mahal di Dunia

Assalammualaikum..

Setiap orang ada kereta impian masing-masing. Aku pon. kalo ikut entri yang lepas, Honda Civic Type R..Love U aku dah nyatakan memang aku nk beli kete tu. hihi. tapi sebabkan aku ni tak pandai berjimat cermat, kereta lain lak yang aku beli. tak pe lah, janji kereta kan.

Semalam naik kereta officemate aku ni, Honda Jazz Hybrid..baru beli tu..mende yang hybrid? entah, tp cantik la. Memang kereta pintar.. dia peminat honda gak kot sebab previous kereta dia Honda gak..Honda City.

Well, ade orang sangup berhabis duit beli kereta mahal-mahal. bukan setakat kereta mahal je, komfem la insurans pon mahal. ade gak plat kereta yang mahal cthnye WWW1.
kenapa la sanggup habiskan duit beli kereta mahal-mahal, tp kalau duit buka penghalang..so takde sape boleh halang nak beli kereta ape pon. kan?

Dari sumber The Super Car, aku listkan antara kereta paling mahal bagi tahun 2012-2013.

No. 5 Zenvo ST1


Boleh mencapai 60 mph dalm 2.9 saat, kereta dari Denmark ni berharga $1,225,000. Syarikat kereta ni keluarkan 15 unit je.

No. 4 Maybach Landaulet 

Kereta sedan mewah ni boleh mencapai kelajuan 0-60 dalam masa 5.2 saat ni berharga $3,800,000. Kereta ni ditujukan khas buat CEO atau Exec yang ade driver sendiri.. hihi, Aku nak jadi CEO la

No. 3 Lamborghini Reventon dan Koenigsegg Agera R 

Harga Koenigsegg Agera R ni $1,600,000 dan boleh mencapai 0-60 dalam 2.8 saat. Maksimum speed 260 mph. Yang menariknya kereta ni, boleh adjust kelajuan lagi tinggi dari 260 mph.
Kereta paling berkuasa Lamborghini pula mengambil masa selama 3.3 saat untuk mencapai 60 mph dan kelajuan maksimum pada 220 mph. Harganya $1,600,000. Nak tau mahal sangat pasai ape? sebab design die..

No. 2.  Aston Martin One-77 dan Pagani Zonda Clinque Roadster


Kedua-dua kereta ni berharga $1,850,000.00. bagi Aston Martin One-77 ni boleh mengembara ari 0-60 mph dalam masa 3.4 saat dan kelajuan maksimum 220 mph. Pagani Zonda Zlinque Roadster  pula dinamakan sebagai kereta paling exotic. boleh pergi dari 0-60 dalam masa 3.4 saat dan kelajuan mencecah 217 mph.

No. 1 Bugatti Veyron Super Sport


taraaa... ni la kereta paling mahal skali... Berharga $2,400,00.00 boleh accelerate sampai 0-60 dalam masa 2.5 saat. giler arh,,

Dasyatkan harge kereta-kereta tu..walaupon mahal, setimpal la kot dengan kelajuan, keselesaan, jenama masing-masing. aku kalo ade duit komfem beli yang no.1 tu hahah.. tak pe la..aku puas hati dengan kereta Super buatan Tempatan..Preve...




salam
kerist3rbang
15 Jun 2012
9.14 am

Lets Play FT Island

Assalammualaikum,

nak share sket pasal konsert FT Island yang telah diadakan kat Stadium Merdeka. Dah agak lame gak aku g konsert ni. tp baru je nak update dlm blog ni..


Mula-mula ajak bff aku cik Hani Wonder n cik Naddy pegi konsert ni. tp diorg tak bole nak pegi.. adoi... Try ajak adik mr.NickZ.. die memng nak pegi sangat.. tp on tak boleh gak. last skali harapan terakhir aku ialah dak oficemate aku lah. FT Island dianggotai oleh Hong Ki, Jae Jin, Jong Hun, Min Hwan dan Seung Hyun. 


Nak kata ramai sangat yang datang, xla sangat tp ramai gak la. sebelum masuk dewan aku shoping dulu kat luar. nak crik flag FTIsland tp memang dah habis la..xde dah..


ade la aku beli light stick sbg cenderahati.





ni la keadaan dalam dewan. aku beli tiket paling murah so, kedudukannya camni la. Konsert ni memng puas hati la. banyk gak lagu-lagu popular yang HK and the gang bawak. cume x banyk lagu-lagu Jepun, so aku frust sket la sbb aku minat ngan lagu-lagu Jepun diorg.



habis konsert, aku terus pergi pintu belakng stadium. nak tengok secara dekt diorng ni. bertolak-tolak la diorang ni. at last dapat gak tengok muka HK. kecik je org nye..lagi kecik dr aku kot..hahah..

Ok lah dapat gak aku pergi kosert diorang ni. bile lagi la kan. 1 Julai ni lak pergi tengok showcase FT lagi..tp bkn FT island, Faizal Tahir lar.. cik Hani Wonder memng minat giler kt pck ni..aku pon minat gak.


salam
kerist3rbang
4 Jun 2012
5.25 pm

Hantar Pengantin Ke Yan, Kedah..

Assalammualaikum,
minggu lepas, aku dengan family aku hntar sepupu aku ke Yan untuk majlis perkahwinan sebelah perempuan. Sepupu aku ni anak sulung dalam keluarga adik abah aku, Bik Kiah n Pck Rosdi. Sepatutnya aku tak nak pergi sebb at the same time kenduri best friend aku..tp mak aku suh pg gak. hurm, First time drive ke Kedah, memng syok n penat. bertolak dari rumah kampung pukul 3.30 petang.



smpai dalm pukul 8.30 malam. ok la tu. Kami 1 family diberi rumah homestay yang sangat best! rumah kayu, berlatar belakangkan jelapang padi yang menghijau..


Majlis perrnikahan pagi sabtu. aku tunjuk sikit hantaran dr pihak lelaki..


tema majlis perkahwinan ni kaler gold..and baju aku mmang lari tema lah. Shahirul nampak smart pakai persalinan persandingan tu. almaklumlah seri pengantin...


smart kan? siap tukar baju lg time potong kek... xsempat nak amik gambar dengan pengantin. 



Majlis sebelah lelaki esok, ptg ni kene bkumpul rumah cikda siapkan goodies utk tetamu..

Habis majlis, kami satu family nak balik, sempat lagi Uncle Shidi pujuk abah untuk stay jalan-jalan keliling Kedah. siap janji nk open table makan kat Sungai Dua lg.  tp Abah n emak nk balik awal. tkot la nak nak drive malam2 sgt..
so, n the way balik tetiba abah kate nak makan Mee Udang. so trus pergi Kuala Sepetang je la sbb dah terlepas Sungai Dua.

nyum2..sedap giler ah Mee udang ni.. at the same time, Paman Jais n family pon ngah makan mee udang kat Sungai Dua. 





so, diucapkan kepada Shahirul & Hana, selamat pengantin baru, moga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. dikurniakan cahaya mata yang soleh n solehah.

 salam
kerist3rbang
2 Jun 2012
9.49 pagi