Resepi Bubur Ayam ala Korea

Salam,
Minggu ni aku balik kampung nak jumpe Mira dan Zahin..
Untuk sarapan, aku masakkan menu khas: bubur ayam yang sedap ala korea. Heheh, mmg sedap la. Ade org kate orang berpantang tak bley makan ayam. Tp mak ckp ok je.. Dan sampai skung ok lg. Ayam sumber protein yang bagus.

Aku nak share ngan korang cara nak buatnye:

1) Rendam beras dengan air selama 3 jam.. make sure pakai short grain rice.. beras lain pon boley gak..

2) Masukkan 1/2 ekor ayam, 8 ulas bawang putih, 5 hiris halia dan air ke dalam periuk. Pastikan air yang dimasukkan dapat meliputi keseluruhan ayam,  Rebus ayam selama 45 m:init.
tips: Ayam biar bentuk seperti di bawah. Jangan potong kecil. xsedap...
3) selepas 45 minit, angkat ayam dari periuk dan toskan.

4) Toskan beras yang telah direndam selama 3 jam tadi dan masukkan ke dalam stok ayam. Masukkan garam secukup rasa.
5) Kacau bubur dengan kerap untuk mengelakkan terbentuknya kerak pada periuk selain dapat membuat bubur menjadi lembut.

6) Sementara itu, ayam yang direbus tad, carik-carikkan isinya. Apabila, bubr sudah lebut, masukkan isi ayam yang telah dicarik tadi dan kacau lagi untuk 20 minit.
7) lepas 20 minit, tutup api dan masukkan sayur sawi yang telah dipotong. Kacau sehingga rata.


8) Hidangkan di dalam mangkuk dan taburkan daun bawang & lada hitam


9) Siap!!!! leh makan.. Nyummmm



Jemput eh, nk hidang untuk mira ni. Sape ak try boleh la... :)

Salam
kerist3rbang
28 September 2013
8.30 am



Kelahiran Baru

Assalamualaikum
19 September 2013 lahirlah seorang umat Muhammad SAW kedunia. Kelahiran yang tidak dijangka walhal tarikh kelahiran dijangka masih berbaki 3 minggu lagi.
Muhammad Zahin Amsyar bin Muhammad Taufiq nama diberi oleh ibu dan ayahnya.
Bagi kami sekeluarga, kelahirannya sememangnya ditunggu2 kerana ini merupakan kali pertama dalam keluaga kami. Cucu sulung bagi Mak dan Abah.
Semoga Zahin membesar menjadi anak yamg soleh, sihat,  pandai..


Bagi aku pulak, ianya sangat magik dan tidak percaya. My lil sister is officially a mom..  confirm Zahin akan dimanjai oleh kami. 

Melihat adik aku dan kawan2 lain begitu seronok dengan kelahiran baru masing, membuat niat aku semakin menebal. Hehe insyaallah.. Segalanya ketentuan Allah SWT.


salam
kerist3rbang
25 September 2013
0635