Kudaku Tengku Putih

Assalammualaikum..hai

Hari ini hari pertama puasa. seting jam pukul 4.30 tp bangun jam 5.00. ok la kan dari terlajak. Call Kampung tanye emak, abah n adik2 sahur ape. Alhamdulillah... Emy sahur kat rumah member die kat Shah Alam, Mira pulak sahur kat Hospital sebab tengah kerja. nurse la katekan. aku lak sahur ngan PAMAN n CIKZU.

kat Parking ofis.
Puasa tahun ni cube nak khatamkan Quran memndangkan tahun lepas tak sempat. Sebenarnya bukan nak citer pasal puasa... tapi nak cerita pasal kuda baru. Tengku Putih..

June 25 arituh minta tolong cik norela hantar aku g kedai Rimau. amek kuda baru. bedebar je hati ni.. ceh...so, bile dah hand over tu. bawak balik dengan hidung kembang kempis! hahah.. ramai memerhati.. almaklumlah, plat baru, pastu model kuda baru gak.hihihi.

Ade yang cakap nape beli kuda tu, sebab utama nya ialah untuk kegunaan harian lah. kan? before this aku guna kuda dari jenama Rimau gak (Sang Wira & Hang Persona).Sang Wira dah uzur.. xsesuai bawak kt kota metropolitan ni (BBB dikire metropolitan ke ek?). Hang Persona lak bagi kat mak n abah. so, senang bawak jalan jauh2.

Ade plak yang tanye, nape beli kuda tak bagtaw awal-awal, tak tanya dulu. sebab aku tak nak menyusahkan orang lain. dan aku boleh buat sendiri sume prosedur. Kadang-kadang orang sekeliling suka nak wat aku rasa menyesal. "kenapa beli kat kedai tu la", kenapa beli kuda jenama tu la","kenapa buat loan kt bank tu la", "kenapa beli kaler tu la," kenapa..kenapa..kenapa.." kenapa tak tunggu dulu, mesti boleh beli kuda impian" haish..
Mungkin sebab mereka ambil kisah dan ambil tahu. terima kasih diucapkan.

Minggu depan nak bawak Tengku Putih g service for first time. Aku bangga sebenarnya bawak kuda aku  ni. Walaupon Tengku Putih bukan lah idaman hati aku selama ni, tapi akan ku hargai kerana ni kuda pertama aku beli.

Bawak balik kampung aritu, abah bawak pg jalan-jalan pusing kampung. Bangga nyeh. Aku tahu bukan sebab kuda baru abah bawak jalan2 tp sebab nak bgtau yang anak dia pon dah boleh beli kete. sebelum ni Mira beli kuda baru pon, Abah bawak jalan2 pusing kampung.

Raye tahun ni penuh la kuda kat umah aku. Tiga orang anak yang dah kerja sume ade kuda sendiri.
Alhamdulillah...


salam
kerist3rbang
21 Julai 2012
6.13 am

No comments:

Post a Comment