A Visit to China & Vietnam Part 2

Ouh..salam

Dalam entri sebelum ni aku de citer dari first day sampai hari ke 4. Aku nak wat statement nih!..Aku pergi trip ni gune duit sendiri n ini blog aku.. suke ati aku la nak citer panjang lebar atau x.. kalo rase cam menyampah xyah bace okeh...

Day 5 (13 November 2012, Selasa)




5.30 pagi:  Sampai Naning. kami dah tak tahan sangat nak kencing, keadaan toilet sangat la tidak memuaskan hati. tahan je la nak kencing tu. En.Amir dpat cari teksi bawak kami ke Lotusland Hostel di Naning atas maklumat dari blog yang die dah siap print. Sampai kt hostel, malang nye tak boleh nak check in sbb penuh...tp nasib baik la ade 2 org French nak checkout pagi tu. Sementara tunggu diorg check out jam 11, aku, Dayang n En.Ady pegi jalan2 kat bandar.  Aku ingatkan Naning ni cam kampung2 je..rupenye bandar jugak...jalan die luas. jalan2 tjumpe lak alas meja yang cik Kidah kirim tu..Cik Dayang borong abes la..aku beli teh cine je..murah lor kat cni.. Dah setel jalan2, balik hostel still x boley nak check in lagi. Kami pon mandi2 je dulu. makn megi. Nice hotel ni, ade service laundry.




11.00 pagi:  Dapat bilik, terus kuar jalan2 area Naning. Mission cume nak crik kedai makanan halal je.. kami jalan2 pusing2.. jauh gak la.. akhirnya jumpe gak rest halal.. Islamabad Muslim Rest. Tgk pic2 kt cni ade gamabr masjid kt Malaysia. Kenyang makan, kami jalan2 lagi.. Balik ke hostel, aku, Dayang, En.Ady n En.Amir nak gi Nanhu Lake Park. kami naik bas no 8. (gamble je nih) Ingatkan taman cam kat Yuexie park..rupenye kosong je..xde pape.. balik tu siap2 lah kemas barang sbb esok nak gerak masuk Vietnam. Malam, kengkawan aku yang lain g carik makan. Aku lepak kt lounge kat bawah makan megi sambil buka emel yang dah lame xbuka.. emel kt bdk ofis tentang keje2 semasa.


      

 Day 6 (14 November 2012, Selasa)

6.00 pagi:    Bersiap-siap untuk meninggalkan Naning. Bas pukul 8.50 pagi. Lotusland Hostel ni mmg aku rekemend la.. bagus sangt. haha.. tp cuma katil campur laki pompuan. Kami gerak jalan kaki dalam 1 km ke stesen bas. Jumpa lak cewek indonesia yang belajar di china..so, senang sket komunikasi dengan org bas.



8.50 pagi: Kami naik bas menuju ke Vietnam. Tiket bas harganya  ¥148. Pemandangan dari Naning menuju ke Vietnam memang cantik. Sebabkan kamera aku biase2 je tak dpt la ambil gambar yang lawa. semua blur.. Berhenti sekejap untuk lunch. Kami minta nasi putih je. makan dengan serunding bawa dari KL. Berdebarnye nak masuk ke border China-Vietnam. Bila bas sampai kat border, askar naik bas check pasport sorang satu. Kemudian kami diminta turun untuk lalu immigration China. Setel kat immigration China, masuk lak kt Immigration Vietnam.. lain sket rasenye... Kalau kat China at least boleh la nak ckp ni haou ma.. skali masuk Vietnam tak tau nak cakap pe.. Bila semua urusan dah selesai, kami naik bas menuju ke Hanoi Vietnam.



 3.00 petang: Sampai kat Bandar Hanoi. Turun je bas ramai giler dah agen2 pelancongan datang kat korang. Sebab merasakan diorang ni bagi mahal, kami pon lari la dari diorang. Cari teksi dan terus menuju ke stesen keretapi. Kelakar giler bile tanya kat orang sana kat mane arah keretaapi.. Mereka xpaham. last2 guna body n sound languange.. wat cara keretapi bergerak siap dengan bunyi sekali. Kami lepak kat stesen keretap sebab train kami ke Lao Cai pukul 8.00 malam. Harga tiket 356.000 Dong. Solat kat sini je takut dlm train nanti x de tempat. Makan malam sempat la juga beli beger ikan.
















8.00 malam:  Kami naik keretapi menuju ke Lao Cai. Aku memng teruje lebih sebab ni first time aku naik Keretapi. Kat Malaysia pon aku x penah naik taw. Dalam bilik ade 6 katil.. sardin la dlm tu.. Berkenalan dengan mamat Vietnam. Alorh, xreti BI lak.. aku sembang gak ngan dia tp die tak paham langsung. Last2 guna translator kat hp je,.. klaka kan.. Sepanjang malam sebelum tiba aku tdo je. 









Cukup la ek untuk kali ni. Nanti aku sambung lagi. Panjang giler nih.. 

P/s: credit pic untuk Cik Dayang


salam
kerist3rbang
30 November 2012
14.07 petang



1 comment:

  1. seru banget kalau backpackeran sama banyakan, rombongan gitu.. hhe

    ReplyDelete