Objektif awal Trip ke Korea ni adalah untuk melawat tempat-tempat menarik yang banyak telah disiarkan dalam rancangan Running Man. Selain aku nak sangat menjejakkan kaki ke tempat kelahiran selebriti Korea yang popular. YES, i'm a KDrama & Kpop fanz... Pada awalnya trip ini hanya aku seorang. Tetapi usaha memujuk Epul, Pendz, Bebeq dan Dayang berjaya. So, aku ubah sedikit arah trip ini agar tidak terlalu KDrama or Kpop memandangkan mereka tak la minat sangat.
Sebagai persediaan, banyak research di buat dan perancangan diteliti agar trip ini berjaya dengan peruntukkan yang sedikit. Aku kongsikan route kami sepanjang 10 hari pengembaraan kami mulai 8 November 2013 hingga 17 November 2013. Semasa trip ini, Korea berada di Musim Luruh. Average suhu adalah 10 darjah celcius.
Kami teruskan perjalanan ke
Jagalchi Market, salah satu main attraction di Busan walaupun hanya sebuah pasar ikan. Sebelum kami berjalan jauh, kami singgah di sebuah restaurant makanan laut untuk makan tengahari. Aku pernah kongsi makanan yang kami makan di entree sebelum ini. So korang boleh check out la. Klik sini.
What We Eat... Pertama kali mencuba makanan Korea, kamu sangat teruja dan wondering.. Apa benda ni, apa rasanya,. Makanan sangat superp dan murah. Selesai makan, kami berjalan d sekitar 'pasar ikan'. Kami kagum melihat pelbagai
sea creatures yang pelik dari segi bentuk dan saiz. Jagalchi Market ni ada dua; yang pertama terletak di luar dan satu lagi di dalam bangunan. Kagumnya kami pasar yang teletak di dalam bangunan sangat bersih dan teratur.
Selesai mecuci mata, aku cadangkan untuk kami terus pulang ke airport memandangkan kami perlu menaiki flight ke Jeju Island. Hanya satu tempat tidak sempat kami pergi iaitu BIFF Square. Kami berlepas ke Cheje INternational Airpot (CJU) pada pukul 7 malam. Setibanya kami di sana, kami mengambil keputusan untuk menaiki bas menuju ke City Hall, tempat di mana hostel kami berada. Info mengenai bas di Jeju seperti di sini.
Hari Kedua (09 November 2013)
Pagi yang indah, kami masing-masing masih bersemangat. Hostel tempat kami menginap ni sangat best! Aku bagi 5 Bintang untuk kategori Backpackers. heheh. Tempat paling best adalah di ruang basement iaitu di tempatkan dapur, ruang makan, ruang tamu, dan cyber cafe. Selesai bersarapan, kami checkout untuk ke tempat seterusnya.
Sebelum ke Korea, aku telah apply Permit Memandu Antarabangsa, untuk rasa macamana drive sebelah kiri. Kami terus ke HQ kereta sewa KT Kumho. Kami menyewa Kia Sorento 7 Seater selama 1 hari setengah.
Selesai semua urusan, terjadi sesuatu yang tidak terduga. Salah seorang dari kami telah kehilangan IPad. Tak dapat dibayangkan perasaan dia ketika itu apatah lagi semua data mengenai projek MSc ada di Ipad. Kami mengambil masa untuk patah balik ke City Hall untuk cuba mencari namun tiada hasil. Kami putuskan untuk teruskan perjalanan memandangkan banyak tempat perlu dituju. Kami terus menuju ke Hyeopjae Beach. Menggeletar tangan aku drive Sorento. Memandangkan aku sorang je yang ade permit, walhal aku lah pemandu paling junior dalam group kami dengan pengalaman memandu selama dua tahun. Takpe, pengalaman. Heopjae Beach ni cantik dan dikatakan tempat Haenyo atau women divers menyelam. Namun, tak sempat nak jupa mana2 Haenyo.

Perjalanan diteruskan ke
Hallim Park. Honestly, idea ke Hallim park datang apabila baca blog MamaiKakiJalan. Dengan keluasan sebesar 100 thousand square metres, taman ni meliputi dua buah gua iaitu Gua Hyeopjaegul dan Ssangyonggul; taman bonsar, traditional village dan macam2 lagi. Pada aku tempat ni memang best, tetapi memakan masa yang agak lama memandangkan tempat ni sangat besar dan kami banyak berhenti untuk mengambil gambar sebab banyk tempat menarik dan cantik.

Dah lewat! Itu yang bermain di fikiran aku ketika itu. Banyak lagi tempat yang perlu kami pergi. Kami teruskan perjalanan ke Yeongmoeri Coast & Mount Sangbangsan. Tiba di sana, kami berehat sebentar untuk makan dan solat di mini market berdekatan. Kami bergegas ke pintu masuk Yeongmoeri Beach namun sekali lagi nasib tidak menyebelahi kami kerana waktu masuk telah tutup. frust. serius, aku sangat frust. Saat ni terbayang gambar yang Cik MamaiKakiJalan ambil sewaktu lawatan dia ke sini. Kami hanya sempat tengok sipi-sipi je tempat yang telah dinobatkan oleh UNESCO sebagai World Heritage.
Keadaan semakin gelap dan rintik hujan mula turun. Perjalanan di teruskan ke Seogwipo untuk mencari hostel. Banyak tempat kami tak dapat pergi seperti Teddy Bear Museum, Cheongjeyeon Waterfall, Cheongjiyeon Waterfall dan Jusangjeolli Cliff. Kami check in terus ke hostel sebelum keluar untuk makan malam, di mana korang boleh checkitout kat entree sebelum ni.
Hari Ketiga (10 November 2013)
Aku bangun awal untuk bersiap sedia untuk program seterusnya pada hari ini. Hari ini kami akan mendaki Hallasan Mountain. Hari ini banyak kami tidak sefahaman. Baru hari ketiga dan ia sangat spoil mood untuk hadapi for the rest of the week. Kami bertolak ke Seongpanak Entrance yang merupakan antara start point untuk mendaki. Pada ketika ini kami di ketinggian 1215 meter. Perjalanan sepanjang ke tempat tersebut sangat menakjubkan. Pemandangan musim luruh yang sangat cantik. Masyaallah. Tiba di kaki bukit, sudah kelihatan ramai pendaki sudah bersedia memulakan pendakian. Cuaca sangat sejuk ditambah angin kuat sehingga membuat badan aku menggigil. Kami perlu sampai ke puncak sebelum pukul 12.00 tengahari. Alhamdulillah, salah seorang daripada kami telah berjaya sampai ke puncak.
Hari Keempat (11 November 2013)
Kami meneruskan perjalanan pagi itu dengan sarapan ringan sebelum berlepas untuk ke Seoul menaiki penerbangan Jeju Air. Pencarian hostel bermula selah tiba di Seoul. Aku rancang untuk menginap di sebuah hostel di kawasan Hongdae. Salah sebuah tempat yang sangat live waktu malam sebab banyak kelab malam. hahahha. Hongdae juga merupakan kawasan sekitar Honggik University. Kami tinggal di HeyBackpackers2.
Semasa check ini, kami diingatkan oleh owner hostel untuk tidak keluar keran suhu dijangka turun mendadak pada hari ini.Tetapi kami tetap keluar kerana ada beberapa tempat perlu dilawati. Aku bawa mereka pergi ke Korea Tourist Organization (KTO). Di sini terdapat khidmat mencuba pakaian traditional, menulis nama di atas kipas, Hallyu Wave meme center dan pusat informasi. Tempat ini sangat bagus namun, kebanyakkan informasi dalm bentuk pampet, peta adalah dalanm bahasa dan tulisan korea. Kurang sangat untuk foreiner dapatkan maklumat.

Selesai aktiviti kami di sini, seterusnya kami ke Hanggang River, sungai yang sangat popular di Seoul dan selalu keluar kat Running Man.. Suhu jatuh ke -1 darjah celcius. Ada diantara kami yang hanya memakai jaket nipis sangat merasai kesejukan ini. Buat pertama kali, kali mencuba tteokkbokki dan odeng yang merupakan street food yang sering kali keluar di Korea
variety show mahupun drama. Kami memutuskan untuk menaikki river cruise pada pukul 6.45 petang. Keadaan sudah beransur gelap dan sementara menunggu, kami berehat di salah sebuah cafe. Tak tahan tunggu di luar.. Sejuk... Pemandangan dari atas kapal cruise ini sangat mengagumkan. Kami berlayar selama 1 jam lebih. Namun, keadaan sekeliling tidak semeriah Pearl River Cruise di Gungzhou yang aku lawati tahun lepas bersama Dayang. Klik
sini untuk baca cerita mengenai pengalaman kami.

Kami pulang ke Hongdae untuk mencari makan malam dan juga berjalan-jalan sekitar Hongdae. Memang live Hongdae ni. Banyak gerai tepi jalan jual pelbagai barangan aksesori yang murah, deretan bangunan butik-butik terkenal, cafe juga banyak selain ada live band atau street performers.
Hari Kelima (12 November 2013)
Setelah melalui hari yang sangat sejuk semalam, kami meneruskan pengembaraan ke Nami Island. Kami bertemu Pele dan Wani untuk gerak bersama. Mengikut rancangan awal aku, kami akan menaiki bas dari Tapgol Park ke Gapyeong. Namun, tiket bas telah sold out dan aku mula rasa x best. Takkan tak pergi kan? Nasib baik ada Wani, kami bersama-sam mencari alternatif lain untuk ke Nami. Alhamdullillah, kami menaiki ITX ke Gapyeong Station. Sampai di jeti, kami terkejut melihat bendera Malaysia berkibar di atas kapal. Bangga pon ada. :) Serius cantik Nami Island lebih-lebih sekali pada musim Luruh. Rasanya semua dah tahu, di sinilah tempat pengambaran cerita Winter Sonata, yang merupakan drama popular Korea. Kami jalan mengelilingi pulau sambil menikmati keindahan alam.

Kami bergegas ke jeti untuk pastikan kami sempat menaiki feri sebelum pukul 4.00 petang. Itu merupakan feri terakhir yang akan ke tanah besar. Sekiranya terlepas, kami terpaksa bermalam di Nami dengan kos penginapan yang agak mahal. Perjalanan bersambung ke Dongdaemun. Pelancong kata tempat shopping. Tapi keadaannya tak semeriah Hongdae. Di samping Dongdaemun, kami berjalan menyelusuri Cheonggyecheon Stream. huhu tapi tempat sangat sesuai untuk keluar dating malam-malam sambil pegang tangan sebab nampak banyak couple kat situ. Stream ini merupakan anak sungai lama zaman Joseon dahulu kala yang telah dinaik taraf menjadi tempat pelancongan dan juga tempat dating. kakakka. Tak ada apa yang boelh dibuat di Dongdaemun melainkan makan je. :)
Hari Keenam (13 November 2013)
Misi pada hari ini ialah Namsan Tower yang merupakan landmark kebanggaan Seoul dan juga tempat attraction yang wajib dikunjungi. Berjalan menaiki bukit untuk ke cable car sangat memenatkan. Berpeluh-peluh. Kami menaiki kereta kabel untuk ke puncak dan ternyata pemandangan dari atas bukit Namsan sangat cantik. Dari atas, aku boleh lihat kota Seoul. Mereka kata Namsan cantik waktu malam dan aku percaya. Ramai juga pelancong dari Malaysia yang kami temui di sini. Perkara yang menarik di sini ialah Love Lock iaitu pasangan bercinta selalunya akan beli padlock yang pelbagai warna, bentuk dan saiz untuk dikuncikan di tempat-tempat yang telah disediakan.

Selesai mengambil gambar, kami berehat sebentar untuk solat. Kami teruskan perjalanan ke Namdaemun dan Myeongdong yang terletak hanya bersebelahan. Kami banyak membeli di Namdaemun. Korea Brooch, baju, aksesori, barang hiasn rumah, cenderamata, kosmetik, dan macam-macam lagi. Di Myeongdong, fokus utama aku adalah untuk membeli CD FT Island dan EXO (org kirim) hehhe. Kami berhenti makan malam di Agra Restaurant dan sambung berjalan-jalan sambil menikmati kesesakkan jalan yang dipenuhi muda mudi. ewah.. haha
Hari Ketujuh (15 November 2013)
Tak sah kalau melawat Korea tidak pergi Gyeongbokgung Palace. Kami masuk ke dalam Istana lama Korea yang elok dipelihara walaupon berada di tengah2 bandar Seoul. Terdapat beberapa istana lain yang berada di kawan ini tapi kami memutusakan hanya untuk satu istanan sahaja. Kawan Istana ini sangat luas dan aku tidak boleh nak gambarkan keadaan ketika zaman Joseon dulu. Mesti lagi cantik. Aku terlepas untuk pelawan Gwanghamun Square yang ada patung King Sejong yang sangat besar dan Laksamana Lee Sun Shin.

Kalau ikut jadual, petang ini kami akan melawat Itaewon dan beberapa bangunan KPop Entertainment Company. Mereka mencadangkan agar aku mengubah jadual dengan melawat Itaewon pada hari Jumaat, agar dapat sembahyang Jumaat di Masjid Itaewon. OK, tiada masalah. Cuma yang membuatkan aku frust ialah mereka tak mahu pergi ke KPop Entertainment Company seperti yng telah dijadualkan tetapi mahu sambung shopping di Namdaemun. Well, tak boleh nak buat apa memandangkan itu keputusan majoriti. Kami sambung shopping di Namdaemun dan kembali ke Hongdae. Jadi, hari keenam ini kami hanya lawat satu tempat sahaja. :)
Hari Kelapan (16 November 2013)
Malam itu, terkelip-kelip mata mengadap dinding katil atas. Memikirkan objektif mula-mula aku datang Korea. Yup, I need to do this by myself. Esok paginya aku bangun awal dan terus gerak ke Gangnam. Misi: mencari SM Entertainment, JYP, FNC & Cube. Aku harus cepat memandangkan perlu mengejar yang lain untuk ke Itaewon. Agak jauh berjalan kaki dari station metro ke bangunan tersebut. Namun, aku tak patah semangat dan akhirnya jumpa juga. Cuma, tak dapat mencari FNC punya bangunan yang telah memenangi anugerah lanskap bangunan creatif.
Aku terus bergegas untuk ke Itaewon berjumpa dengan yang lain. Sampai di Itaewon, aku terus ke Masjid Itaewon. Penat juga berjalan memndangkan keadaan berbukit. Setelah solat Jumaat, kami bertemu dan makan tengahari di salah sebuah restaurant muslim yang menjual masakan Korea. Huhu, kami belasah daging la.. :)
Aku ingin mencari beberapa CD lagi untuk di bawa pulang. Kami singgah di Myeongdong sebentar dan seterusnya ke Gangnam. Di Gangnam, kami masuk ke Samsung D'Light untuk melihat pameran gajet terbaru dari Samsung. Esok
Hari Kesembilan (16 November 2013)
Hari ini merupakan hari terakhir kami di Seoul. Setelah checkout, kami terus ke Seoul Station untuk menaiki KTX ke Busan. Harga tiket KTX orang boleh check kat website. Aku beli tiket on da spot sebab tak pasti pukul berapa kami akan sampai ke station.
Perjalanan ke Busan mengambil masa kurang dari 3 jam. Setiba di Busan, kami mencari tempat makan dan solat iaitu di Restaurant Samarqand. Kami teruskan perjalanan ke Haeundae Station untuk mencari hostel kami iaitu Mrs. Egg. Pengalaman yang tak dapat dilupakan di sini di mana kai sekali lagi diberikan sebuah bilik sahaja. Disebabkan tiada bilik kosong yang lain, yang lelaki terpaksa tidur di ruang tamu. Sian.. hehehe
Duit ground kami masih berbaki dan kami putuskan untuk makan besar malam ni. Memang makan besar di mana kami habiskan 95000 won untuk makanan laut yang sangat sedap di Haeundae Market. Delicious!!
Selesai makan malam kami berjalan-jalan di sekitar pasar untuk membeli beberapa bahan makanan untuk dibawa pulang ke Malaysia
Hari Kesepuluh (17 November 2013)
Hari terakhir kami sebelum pulang ke Malaysia. Kami akan berlepas pada pukul 4.00 petang menaiki Air Asia. Di saat yang lelaki sedang nyenyak tidur, aku dan Dayang berjalan-jalan menuju ke pantai Haeundae. Nak tengok matahari terbit dan alhamdulillah dapat juga kami tengok.
Alhamdullilah, berakhir perjalanan kami ke Korea Selatan. Tercapai impian aku. Banyak lagi negara2 yang ada dalam senarai aku untuk lawati. Mari start dengan Malaysia dulu..hehehe. Korang boleh try check this website, kalau nak merujuk tentang pelbagai maklumat mengenai Korea Selatan. Blog beliau adalah sumber rujukan utama aku,
BagetTravel2Korea. Website ini pon menjadi rujukan aku,
Visit Korea. Korang boleh check sekiranya ada aktiviti atau event2 penting yang berlangsung semasa percutian korang dan pastinya korang boleh participate.
Aku pernah menyatakan dulu pada salah seorang kawan aku bahawa aku takkan kembali ke negara yang aku telah lawati dengan menggunakan peruntukan sendiri, namun untuk Korea ini mungkin aku akan kembali. Sebab rasa tak puas sebab banyak tempat tak pergi lagi. (^^).
Aku kongsikan kat korang detail itinerary program kami ini. Tempat kami pergi, jalan kami ikut, pengangkutan yang kami naik tambang berapa, makan apa, tempat di mana dan etc. Tapi, korang kene leave komen kat post ni dulu ya. Korang leh check it out post aku tentang
Korea Trip Guide - Checlist untuk tahu perkara penting sebelum korang pergi dan juga
What We Eat untuk tahu apa kiteorg makan.
Bye-
"“Why do you go away? So that you can come back. So that you can see the place you came from with new eyes and extra colors. And the people there see you differently, too. Coming back to where you started is not the same as never leaving.”
― Terry Pratchett, A Hat Full of Sky
Salam
kerist3rbang
4 Mei 2014
9.02 pm