Assalammualaikum!
hai uolls.. adekeh?
lama tak update. well, time not permitted. Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini sudah pon berlalu & tak sabar nak menunggu Ramadhan tahun hadapan. macam biase, kita perempuan komfem tak penuh puasa kan..
Raya tahun ini agak meriah dan happening.. aku cuti seminggu, dari hari Jumaat dah balik. paling best adik-adik lelaki aku mengemas rumah. Ajim plak wat kek.. die memng suke buat kek. sedap lak tu. aku? mengarah je..hahhaha...
Kalau zaman kecik2 dulu, pagi raya komfem aku la tukang menghantar makanan raya dalam talam kat jiran-jiran. tapi semuatu tinggal kenangan je.. aku sendiri pon tak ingat bile amalan tu stop. Kan best kalau still lagi on. kan? tapi yang penting tradisi main bunga api still on. lagi best kampung aku wat meriam batang kelapa kat surau. siap kutip duit setiap satu rumah wat modal beli carbait.. malam raye berdentum2 la.
Tahun ni beraya pakai kereta baru. heheh..tema baju kaler biru..Selepas sembahyang raya, kami satu keluarga gerak ke rumah Bik Nani di Sungai Besar sebab nenek sebelah abah ade kat sane. lepas makan2 n bermaaf-maafan, gerak pula rumah Embah sebelah emak di Sabak Bernam. Pas tu on da way balik umah, singgah rumah tok guru mengaji.
Sampai umah, ingat boleh rehat, x sangka pulak kengkawan baik aku nak datang lak.. buang tebiat pe datang time first raya.. hihi aku layan je,,,Time raya ni la kita nak jumpa sedara mara, kawan-kawan untuk bertanya khabar & hal masing-masing. 2nd raya sepupu2 aku datang. tp x sempat nak masak menu special,, sori ek..
3rd raya: Menu special: Mee Udang tp aku x masak n xrase pon. sbb kuar dengan kawan2 sekolah menengah. tahun ni jumpe ramai kawan. ok lah. ade beberapa yang missing sbb masing2 dah ade family sendiri..
Raya-raya seterusnye..xde gambar...hihihi.. Raya ke 4: menu Bihun Sup Utara Special, Raya ke 5: Mee Goreng Singapore Special, Raya ke 6: Mee Rebus Special n Sate Ayam Bagan Datoh. Raya ke 7: Mee Goreng Basah Special.. nak taw sebab apa special? sebab aku yang masak. hihih
hurm, aku betul-betul seronok dan bersyukur Aidilfitri kali ini. kepada readers kerist3rbang, aku nak mohon maaf kalau ada yang tertulis menyinggung perasaan mana-mana pihak n masih belum terlambat nak ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri..
Tahun depan harap boleh beraya berdua.. tettt..hahhaha. doakan yang terbaik..
salam
kerist3rbang
27 Ogos 2012
12.34 am
meriahnya raya! salam aidilfitri :D
ReplyDelete