Apa yang ada difikiran?

apa yang ada difikiran??
membelenggu hidup tanpa tujuan
hilangnya arah pedoman
sampai bila akan berterusan
hidup dalam angan-angan
tanpa pernah berselinsing tangan

apa yang ada difikiran?
fikiran melayang merobek kehidupan
membiarkan hidup melayang terkebelakang
membiarkan impian menjadi gurauan
membiarkan angan menguasai kehidupan

apa yang ada difikiran?
kau ubah pegangan menjadi sebarangan
kau lepaskan impian menjadi harapan
kau lambakkan angan menjadi kenangan
apa yang ada difikiran?

pernahkah kau fikir akan balasan
menjadi manusia tanpa pegangan
menjadi manusia tanpa pedoman
menjadi manusia tanpa impian

aku...bukan manusia penuh dengan kekejaman
aku...bukan manusia tanpa kehidupan..
aku..bukan manusia hidup tak ketentuan..

setiap langkah perlukan pengorbanan
setiap pengorbanan perlukan kekuatan
setiap kekuatan perlukan sokongan
setiap sokongan perlukan kepercayaan
PERCAYA pada apa yang ditentukan
USAHA pada apa yang dihajatkan
TAWAKAL pada apa yang dikerjakan..

Moga Allah merahmati perjalanan hidupku,,
Amin..

salam
kerist3rbang
11 Julai 2011
2.25 am

No comments:

Post a Comment