memori Embah Darus

Detik itu…

Teringat memori bersama arwah Embah Darus…

pernah suatu ketika, abah pergi outstation, Embah Darus datang ke sekolah menaiki basikal tua sambil membawa buah manggis dan rambutan. Setia menunggu kami di bawah pohon saga merah yang besar, sambil tersenyum melihat kami (aku n Emy) keluar dari kelas. Kenangan yang tak kan aku lupakan menaiki basikal dengan Embah Darus menuju ke rumah…

8 March 2001

awal pagi itu, terasa kelainannya..,

seawal jam 5.30 pagi, emak mengejutkan aku dari tidur “Along, bangun. Embah Darus dah tak ada”. Kata-kata itu masih aku ingat butir-butirnya. Aku yang seperti tidak percaya, berjalan menuju ke tangga. Duduk seketika di atas tangga sambil melihat abahku sedang bersiap-siap untuk bersembahyang. Aku yang masih lagi dalam keadaan terpingga-pingga menuruni tangga dan terus ke bilik air. Tatkala kaki kiriku melangkah masuk ke bilik air, air mata ku pecah… berderaian air mata mencurah-curah mendapat berita itu. Seperti tidak percaya bahawa aku telah kehilangan insan yang aku sayangi..UYUN,,,itu panggilan arwah Embah Darus kepadaku…Terngiang-ngiang suara lembutnya memanggilku… masih tergambar dalam memoriku bagaimana mesranya Embah Darus mengusap-usap rambutku yang baring di pangkuannya…masih ingat lagi, banyak cerita-cerita tentang pengalaman nya diceritakan kepadaku..

teringat lagi bagaimana aku menjerit kecil di dalam bilik air itu…

“embah,uyun rindu embah…uyun nak jumpa embah. Kenapa embah tak balik dulu”…

setelah lebih setengah jam di dalam bilik air, aku pun keluar untuk sembahyang dan bersiap ke sekolah. Bengkak mata aku menangis.

Sampai di sekolah, aku masih menangis.. pertanyaan kawan-kawan, ku sambut dengan bisu..

“aku menyesal..sebab x hantar dia hari tu… aku menyesal sebab aku tak sempat jumpa dia…” kata-kata ku pada seorng teman yang aku x ingat siapa. Embah Darus meninggal dunia ketika di tanah suci Makkah. Aku yang bersekolah, tidak dapat menghantarnya ke airport dengan alasan aku mahu menjemputnya ketika dia pulang nanti…

namun, berita yang disampaikan Embah Minah dari Makkah betul-betul memberi tamparan bagiku. Aku betul-betul menyayanginya dan tidak bersedia menerima kehilangannya ketika itu. “kenapa tak pergi ujian masuk sekolah agama tu?” tanya Embah Darus ketika aku baru je habis UPSR. “uyun, jaga rumah ni elok-elok. Bersihkan selalu. Jangan sampai semak-semak rumahnya.” Pesan Embah Darus beberapa minggu sebelum perginya ke Tanah Suci..

Kini, setelah lapan tahun Embah Darus meninggalkan kami, aku masih lagi dengan kenangan nya. Pernah suatu ketika aku bermimpi, arwah embah darus pulang ke rumahku di Parit 2 dengan membawa kereta mewah berwarna merah. Tidak pasti apakah kenderaan itu, namun penampilannya sangat sihat dan bergaya. Aku pun tidak berapa ingat apakah terjadi seterusnya dan aku tak tahu maksud mimpi itu.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan sesiapa yang beragama islam yang membaca entri kali ni, sedekahkan lah Al-fatihah kepada datuk kesayangan aku…

Darus bin Sarman…

Salam

14 Disember 2008

kerist3rbang

10.45 malam

No comments:

Post a Comment