Assalammualaikum,
Seperti yang diceritakan dalam post sebelum ini (klik
My Backpacking Trip to Japan), Aku telah pergi ke Jepun secara backpacking bersma adik au, Azim. Kami bertolak pada 8 November 2014 dan pulang semula ke Malaysia pada 14 November 2014. Angan-angan dipasang setelah pulang dari trip ke Korea (klik
My Backpacking Trip to South Korea). Perancangan rapi dibuat dalam tempoh 3 bulan sebelum pergi. Dayang ada ajak aku untuk join trip dia ke Jepun pada bulan April lepas untuk feel dan rasa musim bunga. Tapi disebabkan kekangan kewangan ketika itu, aku tangguhkan dulu trip itu.
Ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan semasa aku dalam fasa planning trip ini memandangkan Jepun negra yang sangat mahal untuk dilawati. Aku akan kupas sedikit tentang beberapa perkara yang penting sepanjang trip ini.
1. Pengangkutan
Perkara pertama yang aku ambil kira sebelum aku buat research lebih mendalam ialah route trip. Aku memutuskan untuk membuat perjalanan sehala iaitu landing ke Osaka dan balik Malaysia melalui Tokyo. AirAsia menawarkan tiket penerbangan dengan harga menarik. Why i choose Osaka as my first stop? Sebab tiket murah. For more info, please visit website
Air Asia. Bergerak di Jepun sangat mudah kerana kemudahan pengangkutan sangat efficient dan tepat. Aku banyak menggunakan website
Hyperdia (train, subway, metro seluruh Jepun) dan
Arukumachi Kyoto (Kyoto City Bus)
untuk rancang perjalanan.
a) Train / Subway / Metro
Pengangkutan jenis ini paling popular dan mudah di Jepun. Aku kerap menggunakan pengangkutan ini di Osaka dan Tokyo. Tiket boleh dibeli di mesin yang telah disediakan. Bagi perjalanan Osaka - Tokyo, aku menggunakan Shinkansen aka Bullet Train. Harga tiket agak mahal bagi perjalanan sehala which aku bayar 13080 yen dari Kyoto ke Tokyo..
b) Bus / Shuttle
Aku banyak gunakan bas semasa di Kyoto. Menggunakan bas sangat memudahkan disamping aku boleh melihat dengan lebih dekat dengan budaya rakyat Jepun. Menunggu dan menaiki bas mungkin agak mencabar kerana aku terpaksa banyak bertanya dan melihat peta bas bagi memudahkan kami tiba di destinasi. You should aspect a delay because of the traffic. Ada etika menaiki bas and you can read in this blog
(City Kyoto Bus).
c) Jalan Kaki
Sememangnya berjalan kaki di Jepun memang tak terasa penat disebabkan pemandangan yang cantik dan menarik, rakyat Jepun yang ramah dan tak lokek membantu dan juga tahap excited nya aku. Aku banyak jalan kaki sampai kasut aku terkopak dan terpaksa beli kasut baru.
d) Pengangkutan Lain
Aku memang merasa naik macam2 jenis kenderan lain spt kapal, gondola dan cable car. Korang juga boleh memilih untuk menaiki teksi atau beca bagi meneruskan perjalanan. Teksi agak mahal bagi aku dan mungkin akan terperangkap di dalam kesesakan. Beca boleh didapati di kawasan Arayashima (Kyoto) dan juga Asakusa (Tokyo).
Aku habiskan dalam lebih kurang RM2200 untuk pengangkutan.
2. Pass dan Card
a) Osaka Amazing Pass Extention (klik
here for more info)
Aku beli pass ini dengan harga 2900 yen. Pada aku, pass ini sangat menguntungkan memandangkan ia boleh digunakan di city subway / bus sekitar Kansai (unlimited ride for 1 day) dan juga free ticket untuk masuk beberapa tempat pelancongan serta dapat discount di restoran dan kedai2 terpilih. Kad ini datang sekali dengan Tourist Guide Map taw. Pass ini boleh dibeli di Kansai International Airport.
b) Kyoto Sight Seeing 1 Day Pass (klik
here for more info)
Aku beli pass ini dengan harga 1200 yen. Pass ini boleh digunakan di city subway / city bus di Kyoto for unlimited ride untuk tempoh satu hari. Pass ini boleh dibeli di Kyoto Station.
c) SUICA Card (klik here for more info)
Aku gunakan kad SUICA untuk memudahkan perjalanan. Reload 6000 yen, kad ini bertindak sebagai kad yang memudahkan transaksi bayaran tambang dan juga boleh digunakan untuk membeli pelbagai barangan di kedai2 serbaguna terpilih.
d) Fuji Hakone Pass
Aku beli pass ini dengan harga 7400 yen. Pass ini sangat interesting dan berbaloi sebab ia melibatkan perjalanan selama dua hari bermula dari Tokyo - Kawaguchiko Lake - Hakone (Bus), Yamato Hakone - Gora (Train), Gora - Souzhan (Cable Car), Souzhan - Owakudani - Lake Aishi (Ropeway), Lake Aishi - Hakone Machiko (Kapal cruise). Sepanjang perjalanan, aku disajikan dengan pemandangan yang menakjubkan.. subhanallah.. kebesaran Allah SWT. Kalau bernasib baik, boleh nampak puncak Gunung Fuji dari tasik.
Perbelanjaan semua pass dan card di atas telah termasuk dalam baget pengangkutan.
3. Penginapan
Aku booking penginapan melalui website
Booking.com. Aku booked hotel paling murah yang ditawarkan.
a) Kansai International Airport (Osaka)
Malam pertama aku tidur di airport untuk menjimatkan belanja. Memandangkan hanya beberapa jam diperlukan sebelum kami berjalan2 di Osaka, airport ini sangat selamat, bersih, convenient dan agak selesa. Terdapat prayer room yang besar dan selesa jadi sangat sesuai untuk muslim tidur di airport ini. (tak boleh tidur di surau).
b) Bakpak Kyoto Hostel (Kyoto)
Aku booking
Twin Room with Shared Bathroom dengan harga 6000 yen semalam. Bilik luas, bersih dan selesa. Bilik air, dapur dan ruang makan berkongsi di Tingkat 1.
c) Shin Okubo Sekitei (Tokyo)
Hotel ini paling mahal dan paling cantik dengan harga 8400 yen semalam. Terpaksa tidur di hotel ini sebab tak dapat beli tiket train overnight dari Kyoto. Bilik ini dilengkapi bilik air dengan tab mandi.
d) B&B Pension Hakone (Hakone)
Pension ini aku booking dengan harga 7560 yen semalam. Bilik ada dua katil tetapi bilik air shared. Yang best tentang hotel ini, dia ada kolam air panas for free.
e) Asakusa Hotel Fukudaya (Tokyo)
Aku booked dengan harga 10000 yen untuk dua malam. Bilik sangat kecik dan kurang selesa. Tapi bandingkan harga kira murah la. Hotel ini walau kecil tp bersih dan teratur. Lupa nak ambil gambar bilik memandangkan dah terlau penat.
Amacam? Rasa nak try backpacking ke Jepun? Korang sebenarnya boleh cut lagi baget untuk pengangkutan dan penginapan macam aku. Penginapan aku ni dah dikira mewah untuk backpackers sebenarnya.
So, next aku akan share tentang makanan, culture dan nilai wang Jepun. Make sure korang baca ye. Thanks for visit and read my blog. If ada sebarang pertanyaan, boleh leave komen n aku akan reply secepat mungkin.
To be continue.....
Salam,
kerist3rbang
22 Mac 2015
4.34 am