What We Eat in Japan (Halal Food)


Assalammualaikum,

Minggu yang aktif dengan menulis blog. Aku nak abadikan memori yang masih tersimpan di kepala ni sebab memori mungkin akan pudar dan kalau boleh dapat membantu memudahkan orang lain.

Sebelum ini aku ada post mengenai tempat2 menarik yang aku lawati di My Backpacking Trip To Japan dan Backpacker Guide To Japan - My Story. Korang boleh baca pengalaman aku. 

Melawat negara yang penduduknya majaoriti bukan Islam amatlah mencabar bagi Muslim terutamanya bab makan. Solat di Jepun tak menjadi masalah kerana tempat2 di Jepun sangat bersih dan mereka tidak lah memandang pelik sekiranya kita solat di kawasan terbuka. Dan sekarang semakin banyak kemudahan prayer room yang disediakan di pintu masuk negara berkenaan. 

a) Food Ration 
Ini paling penting untuk kelansungan hidup.. kekekeke. Beli barang makanan dari Malaysia. Pengalaman lepas travel ke Indonesia, Singapore (still need bawa bekal sebab mahal eh makanan kt singapore), China, Vietnam and Korea membuktikan food ration sangat diperlukan. Aku bawak serunding je kali ini aku tak bawak banyak hanya serunding daging dan some chocolate bar. Since aku xboleh nak masuk sgt makan megi ni (muak dah makan). 

b) Nasi

Nasi makanan ruji di Japan, jadi takde masalah nak dapatkan nasi di sini. Boleh beli di kedai serbaguna seperti Lawson atau 7Eleven. Harga semangkuk nasi tu dalam 132 - 250 yen. Ada banyak jenis brand. pilih je.


c) Minuman
Sebabkan kita ni banyak berjalan, air minuman sangat diperlukan bagi mengelakkan kami terhidrat. Air Mineral menjadi pilihan utama kami. Boleh didapti dengan harga di antara 100 - 170 yen depanding on brand yang korang beli. Antara miniman lain ialah Kopi akak Coffee.. Aku peminat tegar kopi dan macam2 brand kopi ada jual. Standard harga range dalam 150 - 250 yen. Latte, Cappuccino,Mocca, black coffee n macam jenis lagi ada. Kalau nak air manis yang lain pun harga range sama. Vending machine banyak, jangan risau kalau haus.




d) Restaurant / FoodCourt

i) Fast Food Restaurant
McD dan Lotteria adalah pilihan yang ada untuk fish or shrimp burgers. Portion kt Jepun ni sikit je tak macam di US. Harga untuk set breakfast dalam 500 yen. Lepas makan jangan lupa buang, bersihkan dan kemas semula sendiri. Budaya di Jepun.


ii) Malaysian Food
Malam terakhir aku di Jepun, kami dinner di restaurant Rasa Malaysia,Ginza. Sediakan duit yang banyak kerana memang mahal. Tapi puas hati dapat makan kangkung goreng belacan kat Tokyo!! haha. Aku habis 9200 yen untuk dua org makan.



iii) Japan Restaurant / Foodcourt 
Makan mee udon soba untuk pertama kalinya. Taste? Tak berapa masuk sangat kat tekak aku tapi sebab lapar, aku balun je. campur sikit ngan serunding. Ada rasa pedas. Harga semangkuk Udon Soba dalam 410 yen. Di Hakone, aku n Azim makan Tempura Set n Trout Set. Sedap tapi sebab tak pedas. Harga dalam 5400 yen untuk dua2 set. Makan dengan latar belakang Lake Aishi memang berbaloi lah.



e) Street Food / Junk Food / Simple Food

Tak boleh dielakkan beli jajan, gula2, coklat, aiskrim atau apa2 sahaja kudapan sepanjang perjalanan.


Aku habiskan dalam RM800 untuk makan sahaja dan sebenarnya boleh kurang lagi. Aku harap perkongsiaan aku kali ini dapat memberikan sedikit input kepada sesiapa yang sedang rancang perjalanan ke Jepun. If ada pertanyaan, plz leave ur comment below ya...

# Nota tambahan: Ada beberapa pembaca dah komen tentang beberapa makanan yang aku tunjukkan kat sini dirasakan was-was kehalalan nya, Terima kasih banyak2 kerana tegur.
1. Macam onigiri atau nasi kepal tu, aku sharekan gambar dekat mini mart. Memang tak semua onigiri halal tapi aku cari yang tak de isi atau tuna sahaja...
2. Picture coklat n gummy dah di delete sebab rasa macam betul tentang gelatin tu.
3. Mee yang kami makan mee soba bukan udon.



Salam
kerist3rbang
22 Mac 2015
4.05 pm

Backpackers Guide to Japan - My Story

Assalammualaikum,

Seperti yang diceritakan dalam post sebelum ini (klik My Backpacking Trip to Japan), Aku telah pergi ke Jepun secara backpacking bersma adik au, Azim. Kami bertolak pada 8 November 2014 dan pulang semula ke Malaysia pada 14 November 2014. Angan-angan dipasang setelah pulang dari trip ke Korea (klik My Backpacking Trip to South Korea). Perancangan rapi dibuat dalam tempoh 3 bulan sebelum pergi. Dayang ada ajak aku untuk join trip dia ke Jepun pada bulan April lepas untuk feel dan rasa musim bunga. Tapi disebabkan kekangan kewangan ketika itu, aku tangguhkan dulu trip itu.

Ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan semasa aku dalam fasa planning trip ini memandangkan Jepun negra yang sangat mahal untuk dilawati. Aku akan kupas sedikit tentang beberapa perkara yang penting sepanjang trip ini.


1. Pengangkutan

Perkara pertama yang aku ambil kira sebelum aku buat research lebih mendalam ialah route trip. Aku memutuskan untuk membuat perjalanan sehala iaitu landing ke Osaka dan balik Malaysia melalui Tokyo. AirAsia menawarkan tiket penerbangan dengan harga menarik. Why i choose  Osaka as my first stop? Sebab tiket murah. For more info, please visit website Air Asia. Bergerak di Jepun sangat mudah kerana kemudahan pengangkutan sangat efficient dan tepat. Aku banyak menggunakan website Hyperdia (train, subway, metro seluruh Jepun) dan Arukumachi Kyoto (Kyoto City Bus)
untuk rancang perjalanan.




a) Train / Subway / Metro

Pengangkutan jenis ini paling popular dan mudah di Jepun. Aku kerap menggunakan pengangkutan ini di Osaka dan Tokyo. Tiket boleh dibeli di mesin yang telah disediakan.  Bagi perjalanan Osaka - Tokyo, aku menggunakan Shinkansen aka Bullet Train. Harga tiket agak mahal bagi perjalanan sehala which aku bayar 13080 yen dari Kyoto ke Tokyo..




b) Bus / Shuttle

Aku banyak gunakan bas semasa di Kyoto. Menggunakan bas sangat memudahkan disamping aku boleh melihat dengan lebih dekat dengan budaya rakyat Jepun. Menunggu dan menaiki bas mungkin agak mencabar kerana aku terpaksa banyak bertanya dan melihat peta bas bagi memudahkan kami tiba di destinasi. You should aspect a delay because of the traffic. Ada etika menaiki bas and you can read in this blog (City Kyoto Bus).





c) Jalan Kaki

Sememangnya berjalan kaki di Jepun memang tak terasa penat disebabkan pemandangan yang cantik dan menarik, rakyat Jepun yang ramah dan tak lokek membantu dan juga tahap excited nya aku. Aku banyak jalan kaki sampai kasut aku terkopak dan terpaksa beli kasut baru.


d) Pengangkutan Lain

Aku memang merasa naik macam2 jenis kenderan lain spt kapal, gondola dan cable car. Korang juga boleh memilih untuk menaiki teksi atau beca bagi meneruskan perjalanan. Teksi agak mahal bagi aku dan mungkin akan terperangkap di dalam kesesakan. Beca boleh didapati di kawasan Arayashima (Kyoto) dan juga Asakusa (Tokyo).







Aku habiskan dalam lebih kurang RM2200 untuk pengangkutan. 

2. Pass dan Card

a) Osaka Amazing Pass Extention (klik here for more info)

Aku beli pass ini dengan harga 2900 yen. Pada aku, pass ini sangat menguntungkan memandangkan ia boleh digunakan di city subway / bus sekitar Kansai (unlimited ride for 1 day) dan juga free ticket untuk masuk beberapa tempat pelancongan serta dapat discount di restoran dan kedai2 terpilih. Kad ini datang sekali dengan Tourist Guide Map taw. Pass ini boleh dibeli di Kansai International Airport.


b) Kyoto Sight Seeing 1 Day Pass (klik here for more info)

Aku beli pass ini dengan harga 1200 yen. Pass ini boleh digunakan di city subway / city bus di Kyoto for unlimited ride untuk tempoh satu hari. Pass ini boleh dibeli di Kyoto Station.


c) SUICA Card (klik here for more info)

Aku gunakan kad SUICA untuk memudahkan perjalanan. Reload 6000 yen, kad ini bertindak sebagai kad yang memudahkan transaksi bayaran tambang dan juga boleh digunakan untuk membeli pelbagai barangan di kedai2 serbaguna terpilih.


d) Fuji Hakone Pass

Aku beli pass ini dengan harga 7400 yen. Pass ini sangat interesting dan berbaloi sebab ia melibatkan perjalanan selama dua hari bermula dari Tokyo - Kawaguchiko Lake - Hakone (Bus), Yamato Hakone - Gora (Train), Gora - Souzhan (Cable Car), Souzhan - Owakudani - Lake Aishi (Ropeway), Lake Aishi - Hakone Machiko (Kapal cruise). Sepanjang perjalanan, aku disajikan dengan pemandangan yang menakjubkan.. subhanallah.. kebesaran Allah SWT. Kalau bernasib baik, boleh nampak puncak Gunung Fuji dari tasik. 


Perbelanjaan semua pass dan card di atas telah termasuk dalam baget pengangkutan.

3. Penginapan 

Aku booking penginapan melalui website Booking.com. Aku booked hotel paling murah yang ditawarkan.

a) Kansai International Airport (Osaka)

Malam pertama aku tidur di airport untuk menjimatkan belanja. Memandangkan hanya beberapa jam diperlukan sebelum kami berjalan2 di Osaka, airport ini sangat selamat, bersih, convenient dan agak selesa. Terdapat prayer room yang besar dan selesa jadi sangat sesuai untuk muslim tidur di airport ini. (tak boleh tidur di surau).



b) Bakpak Kyoto Hostel (Kyoto)

Aku booking Twin Room with Shared Bathroom dengan harga 6000 yen semalam. Bilik luas, bersih dan selesa. Bilik air, dapur dan ruang makan berkongsi di Tingkat 1.



c) Shin Okubo Sekitei (Tokyo)

Hotel ini paling mahal dan paling cantik dengan harga 8400 yen semalam. Terpaksa tidur di hotel ini sebab tak dapat beli tiket train overnight dari Kyoto. Bilik ini dilengkapi bilik air dengan tab mandi.








d) B&B Pension Hakone (Hakone)

Pension ini aku booking dengan harga 7560 yen semalam. Bilik ada dua katil tetapi bilik air shared. Yang best tentang hotel ini, dia ada kolam air panas for free. 




e) Asakusa Hotel Fukudaya (Tokyo)

Aku booked dengan harga 10000 yen untuk dua malam. Bilik sangat kecik dan kurang selesa. Tapi bandingkan harga kira murah la. Hotel ini walau kecil tp bersih dan teratur. Lupa nak ambil gambar bilik memandangkan dah terlau penat.



Amacam? Rasa nak try backpacking ke Jepun? Korang sebenarnya boleh cut lagi baget untuk pengangkutan dan penginapan macam aku. Penginapan aku ni dah dikira mewah untuk backpackers sebenarnya. 

So, next aku akan share tentang makanan, culture dan nilai wang Jepun. Make sure korang baca ye. Thanks for visit and read my blog. If ada sebarang pertanyaan, boleh leave komen n aku akan reply secepat mungkin.

To be continue.....



Salam,
kerist3rbang
22 Mac 2015
4.34 am



My Backpacking Trip to Japan..

Assalammualaikum


Hello Friends and Readers..

Ye..ye.. Aku tahu blog ni hidup setahun sekali je dengan post2 baru... kekeke.. Bz la cik kak... Anyway, aku nak share pengalaman aku travel secara backpackers dengan adikku ke Japan.. Wow Japan tu. Ramai yang tanya kenapa Jepun.. Yelah Jepun memang terkenal antara negara yang tinggi kos sara hidup, mahal dan inflasi tinggi. Sememangnya bukan pilihan bagi backpackers tulen dan tegar. Yang pertamanya, aku bukan backpackers tulen. Aku pinjam je konsep backpackers sebab lebih affordable dan profitable. 

Macam plan aku ke Korea sebelum ni, (klik My Backpacking Trip to South Korea) aku memang rancang nak travel solo ke Jepun. Segala perancanan telah dibuat dari segi kewangan, aktiviti, itinerary,  dan motivasi. Tetapi last minit, terpaksa bawa adik lelaki aku, AZIM sebab buat peneman dan penyejuk hati mak ayah n orang lain. So, da over baget disitu sebab terpaksa dahulukan duit untuk tiket dan perbelanjaan lain (Aku claim balik kemudian). 

Peringatan: Entree sangat panjang.


Kami ke Jepun bermula 8 November 2014 - 14 November 2014. Memang singkat sebab aku tak boleh cuti lama2. Jadi, aku penuhkan itinerary aku dgn melawat tempat2 best. Average suhu memang 10 darjah celcius. 

Transportation : RM2200.00
Accommondation : RM500.00
Meal & Food : RM800.00
Activity : RM250.00
Jumlah : RM3750.00

Hari Pertama (8 November 2014, Sabtu)

Kami bertolak ke Kansai International Airport (KIX) menggunakan pesawat AirAsia D7534. Tiba di sana jam 10.30 malam. Aku memang tak booked hotel untuk malam tu sebab kami akan tidur di airport. Airport sangat selesa, Ada kedai 24 jam, surau, shower room, lounge, internet dan yang paling penting keselamatan. Aku rasa rugi je bayar hotel untuk hanya beberapa jam sebelum berjalan pada esok hari. Aku and Azim gilir-gilir jaga beg n jalan-jalan pusing airport. Tak perlu risau sebab ramai traveler dan ada pak guard.


Hari Kedua (9th November 2014, Ahad)

Tempat pertama yang kami tuju ialah Osaka Castle. Sebelum itu, aku beli Amazing Osaka Pass sebab banyak tempat boleh masuk free dan unlimited subway ride dalam kawasan Kansai untuk tempoh 1 hari. Since aku pun memang sehari je di Osaka, memang sangat berbaloi2 lah. Kami ke Osaka Station untuk simpan barang di loker (which i will write in another post). Kami mengambil masa agak lama sedikit kerana mencari station untuk ke Osaka Castle. Kebetulan pula cuaca hujan dan sejuk. Namun, akhirnya sampai juga kami ke Osaka Castle. Tiket masuk free je sebab guna Amazing Osaka Pass. 



Seterusnya, dari sana kami ke Osaka Bay. Kami naik Tempozan Giant Ferris Wheel, Santa Maria Cruise sebab free.



Kami ke Tsutenkaku Tower. Menara ni design sama macam KL Tower, AlorStar Tower...kekkeekk.. Tike masuk free. 


Hari semakin gelap. Jepun gelap awal.. Pukul 4.30 dah gelap... Kami terus ke Shinsaibashi untuk cari gambar mamat yang berlari tu.. Tapi tak jumpe. Sekadar window shopping dan lihat budaya mereka.



Selesai mencuci mata, kami ke Kyoto untuk check in hostel kami iaitu Bakpak Kyoto Guesthouse.(will write about this later) Perjalanan ke Kyoto mengambil masa 1 jam sahaja menggunakan train.

Hari Ketiga (10th November 2014, Isnin)

Kami meneruskan perjalanan pagi itu ke Arashiyama. Tempat ini lebih menonjolkan nature atau alam semula jadi yang indah dan memukau mata. Aku memang have fun waktu di sini. Dengan cuaca sejuk dan pemandangan musim luruh yang sangat cantik. 



Kami sangat beruntung ketika berjalan-jalan di Arashiyama, bertembung dengan seorang Geisha. Ayu tutur langkahnya. Tersenyum je bila Azim ambil gambar. Aku dah pesan kat Azim minta kebenaran dulu untuk ambil gambar sebab ada baca di blog yang Geisha tidak suka gambar diambil.


Setelah menghabiskan masa di Arashiyama, kami terus ke Kiyomizudera Temple menaiki bas. Aku beli Kyoto Bus Pass untuk dapat harga murah sikit. Nak ke sini perlu naik bukit tinggi. Teringat masa nak ke Namsan Tower di Korea dulu. Sepanjang jalan menaiki bukit ada banyk kedai2 cenderahati. So, tak terasa penat sangat. ku window shoping je sebab rasa macam boleh dapat lagi murah di Tokyo nanti.


Kemudian, kami ke Kinkakuji Temple a.k.a Golden Temple.



Hajat dihati nak ke Fushimi Inari tapi tak kesampaian sebab dah gelap walaupon petang lagi kat Malaysia. Kami ke Kyoto Station untuk naik train ke Tokyo. Perancangan awal, aku nak naik train yang overnight yang nampak matahari terbit tu. So, aku boleh save dari segi tempat tido malam tu dan tiket tak semahal Shinkansen. Tetapi, tiket habis.. Stranded aku kat Kyoto Station. Terpaksa lah aku beli je tiket Shinkansen ke Tokyo (Mahal sket la) dan booked hotel untuk tidur mlam tu.



Hari Keempat (11th November 2014, Selasa)

Kami checkout awal pagi dan gerak ke Shinjuku Station untuk ke Kawaguchiko Lake. Nak tengok puncak gunung Fuji katenya. Aku beli tiket Fuji Hakone Pass (Next time aku citer) yang memang berbaloi untuk aku. Korang aku tak tau la kan.


Kami menaiki bas (termasuk dalam pass tadi) untuk ke Kawaguchiko Lake. Sampai di sana, keadaan hujan renyai dan kabus tebal. Puncak Fuji memang tak nampak. Aku memang kecewa. 

Sebelum gerak berjalan2, aku ke bandar terdekat untuk shoping baju dan kasut sebab kasut dah rabak. Melayang duit sebab ini perbelanjaan tak terancang. Selesai shoping, kami jalan2 di kawasan tasik. Tasik ini bukan kecil taw.. besar.. Kalau keadaan mengizinkan korang boleh nampak puncak gunung fuji. Tapi aku memang tak bernasib baik.




Lama sebenarnya kami di tasik ni berjalan2 sebab banyk pemandangan cantik dan ada pasar tani.. sebab menunggu Fuji memunculkan diri, tapi hampa. Kami gerak ke Gotemba menaiki bas. Kemudian, kami ke Kowakein Station di Hakone untuk ke hotel kami (which i will write later). 

Hari Kelima (12th November 2014, Rabu)

Sedap tidur di bilik yang agak selesa dan dapat mandi air panas.  Menjeling aje orang Jepun tengok aku pakai baju dalam kolam air panas. Diorang bogel habis. hehe. Perjalanan kami bersambung ke course yang telah diatur. Semua ada dalam pass tu. Mula2 kami menaiki bas ke Hakone Yamoto Station. 

Dari sini, kami menaiki Tozan Train ke Gora Station (Tozan Train) & Souzan Station (Tozan Cable Car) . Pemandangan sepanjang perjalanan sengat menakjubkan sampai aku tak teringat nak ambil gambar. Kami tak berjalan di sini. Hanya mengambil gambar keadaan di sekeliling sahaja. 



Seterusnya kami menaiki Hakone Ropeway ke Owakudani. Owakudani adalah tempat tanah tinggi. Kalau naik panjat sikit boleh tengok sulfur. Aku malas nak naik. Sejuk tempat ni dengan aingin kuat sampai aku yang comel ni pon tak boleh nak berditi tegak... Beli strawberi kat sini.. Sedap...


Seterusnya, kami turun semula untuk menaiki kapal Hakone Sight Seeing merentasi Lake Ashiniko untuk ke Hakone Machiko. Tapi cruise tak nampak pemandangan sangat sebab kabus sangat tebal. Tapi still cantik kawasan sekitaran.




Seterusnya kami pulang ke Tokyo dan berehat.

Hari Keenam (13th November 2014, Khamis)

Penat berjalan namun tak mematahkan semangat aku n Azim untk explore Tokyo hari ini. Kami ke Tokyo Skytree yang merupakan lambang Tokyo. Aku suka cara mereka melayan pelancong2 dengan ramah even speaking english tak reti. Mekakjubkan pemandangan dari menara ini yang boleh nampak keseluruhan bandar Tokyo yang padat tapi bersih dan damai. 



Selesai makan aiskrim, kami ke Odaiba Marine Park. Serius aku salute sangat dengan pembangunan kat area sini. Cantik dan teraturnya rekaan manusia. Dapat pula berjumpa dengan Gundam gergasi. Sejujurnya aku bukan peminat Gundam tapi mesti la kena ambil gambar selebriti ni.



Kami sebenarnya dah terlambat ke Pameran Doraemon di Fujiko F Fujio Museum. Berlari kami mencari museum ini. Tapi yang comel ada signboard tangan doraemon..


Hari dah gelap. Kami terus menuju ke Ginza untuk cari makan. Ginza terkenal dengan landmark bangunan SEIKO.. Aku ade belikan jam Seiko untuk Abah tp beli yang paling murah (mahal gak). Kawasan ini ramai betul rakyat Jepun yang berpakaian smart dan first time aku nampak kereta limousine lalu depan mata. Tempat ni ala2 oarng2 kaya or orang berlagak kaya je.


Malam terus berlaku, aku n Azim layan busker tengah busking di Shibuya Crossing. Memang meriah. Perghh, ini lah dia zebra crossing paling padat dan ramai dengan manusia. Aku n Azim cross banyak kali semata-mata nak cuba dan ambil gambar. Kat sini aku cari CD lagu FT Island versi Jepun tapi x jumpe ponn.. :(


Hari Ketujuh (14th November 2014, Jumaat)

Hari terakhir kami di Jepun. Flight malam. Jadi kami ambil peluang untuk shopping souvenir di Akihabara. Akihabara adalah tempat shopping duti free dan juga barangan elektronik yang murah2. Kat sini juga jumpe kostum Dragon Ball which is my favorite cartoon all the time.



Kami seterusnya bergegas ke Ebisu Garden Place. Tempat ni special bagi aku sebab tempat ni, tempat dating pertama Domyouji Tsukasa dan Makino Tsukushi dari cerita Hana Yori Dango. Batu tu tempat Tsukasa tunggu Tsukushi dalam hujan.. (love222)


Aku hampir terlupa untuk ke Asakusa. Tempat ini pun tempat shopping tapi harga agak pricey memandangkan ini tempat tumpuan pelancong. Tapi sebelum itu kami singgah di pintu gerbang Meiji Shrine dan ke Harajuku. Nasib sebab hari ini Jumaat biasa akan nampak banyak anak2 muda Jepun berpakaian cosplay cartoon. 





Alhamdullilah, berakhir perjalanan kami ke Jepun. Korang boleh baca post aku tentang Backpacking Guide To Japan - My Story untuk daptkan maklumat tentang pengangkutan, discaunt pass/card dan juga penginapan. Korang juga boleh baca What We Eat in Japan untuk tahu sedikit info tentang makanan yang aku makan. 



If ada sebarang pertanyaan, boleh leave komen n aku akan reply secepat mungkin.

salam
kerist3rbang
20th March 2015
3.50 am