A Visit to China & Vietnam Part 3

Assalammualaikum.. hari Ahad yang malas untuk aku. Buang masa dengan melayan citer Vampire Diaries. Okeh part3 plak  trip aku pada sape2 yang nak baca...

Day 7 (15 November 2012)

5.00 pagi : Kami tibe di Lao Cai. Tidur yang nyenyak dalam keretapi. Turun dari train kami di approach oleh agen2 pelancongan untuk bawa kami ke Sape Village. As usual, kami menolak n cari alternatif lain untuk ke sana. Kami menaiki mini bas menuju ke Sapa Village. Sapa Village ni mcm ala-la kampung kat French la..mmg ada gaya french. Di sana, kami check in di My Lin Hotel. Cuaca sejuk dengan suhu sekitar 15-16 C. Walaupon x sesejuk London, aku yang tak biase sejuk ni menggigil gak la. Kwn2 lain bergaya dengan jaket yang diorg beli kt Guangzhou..aku pakai la sweater nipis aku beli dr KL dengan shawl.

10.00 pagi: Kami sewa mini bas yang bawa kami naik ke Sapa Village menuju ke Cat Cat Tourism Area. Pemandangan sekitar sangat cantik. Tp suasana macam kat Sabah je. Biasa lah kawasan pergunungan. Jumpe dengan beberapa etnik minoriti kat sini. Surprisingly, boleh dikatakan semua orang2 yang aku jumpe ni boleh cakap English! that wows me...  ye la kan kt Hanoi yang bandar tu pon org2 nye tak reti berbahasa English, kt kampung ceruk atas gunung ni, masyarakat asli lak tu. pandai cakap English. Oh, by the way, nak masuk village ni pon kene bayar. tak silap aku 40.000 Dong. Yang best nye kami kene berjalan kaki menuruni kampung ini. Maksud aku menuruni is... the first part of exploring Cat Cat ialah menuruni tangga. kiri kanan memng penempatan. Sepanjang jalan, korang akan jumpe gadis-gadis or makcik-makcik etnik yang kan follow je korang minta beli barang kraf diorg. ade gak gerai2 cenderamata yang cantik2 memanggil korang untuk beli. Sadly, aku langsung xde duit Dong mahupon Dollar. menganga je la kan. Then, the 2nd part semestinya menaik.. sbb dah turun, naik plak. tu yang sakit tuh. well, apart my exercise for today. Rase dah banyk kalori aku bakar ni.

3.00 petang: Kami turun di pekan Sapa. kat sini memng korang bleh nampak ramai giler pelancong2. Suhu makin sejuk, badan yang penat dan perut yang lapar. Jalan2 tgk kedai2 yang jual barang2 hiking, jumpa lah satu kedai halal, Bombay Rest. nyummie..terus masuk n order. So, makan tengahari + malam skali lah ni.. tp menunggu makanan siap,, ouh... lame giler... tp penantian berbaloi sebb memng sedap!.. tak tau la sebab lapar sangat ke tp mmg sedap lah.. Oh, btw kasut aku dah mula menampakkan tanda2 tercabut nye tapak. Tukang kasut tepi jalan ofer nak betulkan tp aku xde duit! so, diam je lah.. Kami berbincang sama ada mahu naik ke Fansipan atau tak sebab kan kekangan masa dan cuaca. Biase kalau naik ambil masa 2 hari tp kami dah beli tiket balik ke Hanoi esok ptg. So, kami pun simpanlah rancangan untuk menakhluki Fansipan. Tp, En.Amir, Enoi n En.Ady kata alang-alang dah sampai nak jejak juga. So, bila tanya2, diorg still boleh sampai puncak dlm masa sehari. Tp, kene betul2 fit n they want to challenge it.

8.00 malam: Aku n Dayang berjalan2 sekitar Sapa Village. Hajat hati mau carik kasut. aduh, nak tukar duit RM ke Dong tp diorg bg rendah sgt... aku x sanggup lah. Tdo...


Day 8 (16 November 2012)

3.00 pagi: Ketukan kuat dari luar pintu bilik aku. ouh lupa lak, Amir, Enoi n Ady nak gerak g challenge Fansipan. Aku turun bawah konon nye nak menghantar diorg lah. La, smpai depan pintu hotel je. Cuaca sangat sejuk+tanda2 hujan. Wonder mcm mane trek fansipan nanti. Well hoping their journey will fine and safe, i back to my room n sleep some more!!..huh.

10.00 pagi:  Aku, Dayang, A.Fendi, A.Lan dan K.Serina pegi jalan2 lagi sekali kat area downtown Sapa. Fuh..banyk giler barang2 murah compare dengan kat town semalam. Suhu area 13 n aku dengan selamber nye pakai selipar jeh.. sejuk menggigil la... kat sini banyk jual barang hiking and one of them is shoes..the one that i should get one. tp xde duit!. tak kan nak pinjam kt diorg kan.. 

1.00 tengahari: We had lunch at Bombay Rest. Restoren semalam gak. itu je yang halal. Bungkuskan untuk mereka yang naik Fansipan sbb kalau ikut jadual diorg should balik ke hotel jam 3 ptg. So, after lunch, aku berjalan sorang diri dengan xde duitnye sejuk2 pakai selipar je. Dpat kedai kasut.. beli 1 pair kasut n stokin using my Mastercard.. ugh... dah terdesak kan... so, bile jalan kt downtown utk catch up Dayang n lain2, jumpe lak kasut y lebih cantik dgn harga y lebih murah.. sadly no mastercard... okeh.. straight to Hotel and the other 3 guys already back. Cuma Amir sja yang berjaya sampai ke puncak.. yang lagi 2, x lepas. So, proud of them!. 

4.00 petang: Kami pack untuk balik. mini Bas dah tunggu untuk kami ke Stesen keretapi. Satu jam perjalanan. dlam mini bas, aku bsembang dengan sorang traveler dr England. hensem..hahaha. 

6.00 petang: dah gelap. naik train ke Hanoi. I did something. Dalam bilik aku ni, ade seorang bapak budak. kati die atas katil aku. So, die suh anak laki die naik ke katil atas n tdo skali ngan die. Kesian lak, aku suh budak tu tdo kat katil aku  sementara aku wondering ke hulur n kehilir. 

Day 9 (17 November 2012)


4.30 Pagi : Sampai dah Hanoi. Mencari2 hotel murah seang je sebab banyak giler hotel murah area Hanoi ni. Check in kt Wing Hotel. Okeh, mandi2 and bersiap untuk jalan2 lg. 

10.30 Pagi: Kami dapat map Hanoi dan mengambil keputusan untuk berjalan2 sekitarnya. Misi mencari Restoran halal lah. Mcm biasa sambil jalan2, ade banyk kedai2 tarikan pelancong. Sebab aku xde duit, melihat2 barang adalah prohibited! lalalala. Akhir nye, setelah jauh berjalan mcm wat compass marching je, jumlpe lah gak Restoran Nisa.. orang Malaysia punya taw... masakan melayu tp ade kureng sket...sebab bkn org Malaysia yang masak. Owner restoren ni dah duk kt Vietnam dekat 10 tahun n dah kawen pon ngan orang sana. Tp die still Malaysian. Lepas lunch, kami jalan2 lg. banyk kedai cenderamata areani. Ramai gak orang Malaysia kat sini. Aku jumpe money changer yang nak terima duit Malaysia + kadar tukar tak rugi sgt. tensen dowh xde duit!. So, bile ade duit aku melaram la rembat beberapa barang. lalalal. menggigil tangan beberapa hari xdpat shoping. Setel berjalan2 kami balik ke hotel.

8.00 malam : Kami keluar lagi sebab dgr cerita ade pasar malam. So, kami keluar untuk menghabiskan duit yang ada sebelum berangkat pulang ke tanah air esok. Makan malam kami di restoran Tandoor, halal lah ang pastinya. Selesai makan, kami gerak balik hotel. sempat gak menyinggah kedai kraf untuk habiskan duit yang ade.

Day 10 (18 November 2012)


Hari terakhir untuk trip ni. Flight balik naik MAS pukul 1.10 waktu Vietnam. Last day ni x wat pape cuma packing barang je.


Berakhir sudah pengembaraan aku. Banyak pengalaman dapat aku kutip. Berada di negara orang bukan bererti kita lupa kan negara sendiri tp lebih kepada untuk kita buka mata tentang betapa bertuahnya kita tinggal di Malaysia. Nak menagis pon ada bila lihat tatacara kehidupan mereka. Mungkin ada beberapa perkara yang kita perlu ambil sebagi iktibar dan pengajaran.  My next country would be Indonesia (again?) n Thailand. 


salam
kerist3rbang
2 Disember 2012