memori Embah Darus

Detik itu…

Teringat memori bersama arwah Embah Darus…

pernah suatu ketika, abah pergi outstation, Embah Darus datang ke sekolah menaiki basikal tua sambil membawa buah manggis dan rambutan. Setia menunggu kami di bawah pohon saga merah yang besar, sambil tersenyum melihat kami (aku n Emy) keluar dari kelas. Kenangan yang tak kan aku lupakan menaiki basikal dengan Embah Darus menuju ke rumah…

8 March 2001

awal pagi itu, terasa kelainannya..,

seawal jam 5.30 pagi, emak mengejutkan aku dari tidur “Along, bangun. Embah Darus dah tak ada”. Kata-kata itu masih aku ingat butir-butirnya. Aku yang seperti tidak percaya, berjalan menuju ke tangga. Duduk seketika di atas tangga sambil melihat abahku sedang bersiap-siap untuk bersembahyang. Aku yang masih lagi dalam keadaan terpingga-pingga menuruni tangga dan terus ke bilik air. Tatkala kaki kiriku melangkah masuk ke bilik air, air mata ku pecah… berderaian air mata mencurah-curah mendapat berita itu. Seperti tidak percaya bahawa aku telah kehilangan insan yang aku sayangi..UYUN,,,itu panggilan arwah Embah Darus kepadaku…Terngiang-ngiang suara lembutnya memanggilku… masih tergambar dalam memoriku bagaimana mesranya Embah Darus mengusap-usap rambutku yang baring di pangkuannya…masih ingat lagi, banyak cerita-cerita tentang pengalaman nya diceritakan kepadaku..

teringat lagi bagaimana aku menjerit kecil di dalam bilik air itu…

“embah,uyun rindu embah…uyun nak jumpa embah. Kenapa embah tak balik dulu”…

setelah lebih setengah jam di dalam bilik air, aku pun keluar untuk sembahyang dan bersiap ke sekolah. Bengkak mata aku menangis.

Sampai di sekolah, aku masih menangis.. pertanyaan kawan-kawan, ku sambut dengan bisu..

“aku menyesal..sebab x hantar dia hari tu… aku menyesal sebab aku tak sempat jumpa dia…” kata-kata ku pada seorng teman yang aku x ingat siapa. Embah Darus meninggal dunia ketika di tanah suci Makkah. Aku yang bersekolah, tidak dapat menghantarnya ke airport dengan alasan aku mahu menjemputnya ketika dia pulang nanti…

namun, berita yang disampaikan Embah Minah dari Makkah betul-betul memberi tamparan bagiku. Aku betul-betul menyayanginya dan tidak bersedia menerima kehilangannya ketika itu. “kenapa tak pergi ujian masuk sekolah agama tu?” tanya Embah Darus ketika aku baru je habis UPSR. “uyun, jaga rumah ni elok-elok. Bersihkan selalu. Jangan sampai semak-semak rumahnya.” Pesan Embah Darus beberapa minggu sebelum perginya ke Tanah Suci..

Kini, setelah lapan tahun Embah Darus meninggalkan kami, aku masih lagi dengan kenangan nya. Pernah suatu ketika aku bermimpi, arwah embah darus pulang ke rumahku di Parit 2 dengan membawa kereta mewah berwarna merah. Tidak pasti apakah kenderaan itu, namun penampilannya sangat sihat dan bergaya. Aku pun tidak berapa ingat apakah terjadi seterusnya dan aku tak tahu maksud mimpi itu.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan sesiapa yang beragama islam yang membaca entri kali ni, sedekahkan lah Al-fatihah kepada datuk kesayangan aku…

Darus bin Sarman…

Salam

14 Disember 2008

kerist3rbang

10.45 malam

PANDANGAN KU ISU BTN



salam,

isu BIRO TATANEGARA atau BTN telah mendapat perhatian rakyt dlm 2 minggu ni..Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Dr. Halimah Ali telah mengumunkan pd 25 Nov lalu bahawa BTN adlah dharamkan (masuk neraka ke kalu join??abes r aku) berikutan tuduhan y BTN KONON nya sbg alat doktrinisasi BN y menanam sentiment pkauman, memecahbelahkan rakyat tmasuk lah mbenci pembangkang!!!.HUH!! tuduhan y serius nih…Dr. Halimah jugak kate…BTN akan dgantikan dgn SPIES atau pon…Spiritual,Physical, Intelectual,Emosi and Sosial..

aku cume nk berkongsi pandangan aku..mungkin ade y xsuke…tp xksah lah…ni je la medium aku utk curahkn rsa n pndngan…

persoalannya..

1: Betul ke tuduhan Kerajaan Selangor y BTN ni alat doktrinisasi BN y menanam sentiment pkauman, memecahbelahkan rakyat tmasuk lah mbenci pembangkang??

2. Ape bgusnya SPIES utk mgantikn BTN??

Pandangan AKU

1. sebenarnyew aku x taw perkataan doktrinisasi ni ape maksudnye… tp, setelah menyemak kamus y dah lame x bukak tu…ade beberape perkataan la y hamper serupa..

a. “doctrinaire”-

i. org y mahukan ajaranya dipraktikan tanpa menyelidiki keadaan atau kesesuaiiannya

ii. bukan teori- sukar dipraktikal

b. “doctrine” – ajaran (bukan agama, fahaman, ilmu pengetahuan dll): pegangan

- menanam sentiment perkauman, memecahbelahkan rakyat tmasuk membenci pembangkang…adakah alasan ni ckup KUKUH?? Punya bukti??? Seperti kata2 seorg rakan…””. Aku juga slah seorg y pernah mjalani kursus BTN ni…ape y dikatakan memecahbelahkan rakyat?? Apa y dkatakan menyuntik sentiment perkauman?? NYATAKAN dengan jelas!! Seingat aku..xde pon modul2 y menyuntik sentiment pkauman..Adakah y dikatakn perkauman tu..bnyak soal MELAYU diutarakan dlm program ni??? BTN adlah utk memupuk JATI DIRI rakyat MALAYSIA!!!adekah pemikiran mereka y berkata BTN menyuntik sentiment perkauman sempit?? ADOYAI!!!! Rasenye diorg sume nih kene pegi kursus BTN btol2 nih..smpai TAhap 3..bg diorg wat Flying Fox and Repealing., nyanyi lagu WARISAN dan bangun pgi2 buta belajar SILAT!!!!..,,,,hahahah.. MEMBENCI pembangkang??/

benci mcmmane tu??? Adkah rkyat kita skng mudah menenlan bulat2 ape y org lain ckap?? MENGIKUT PENGALAMAN aku la…xde pon cebisan-cebisan atau gumpalan-gumpalan usaha utk meyuruh peserta membenci PEMBANGKANG!! Huish..mayb ade y pernah pegi n merasakan ade unsur2 itu..tafsiran org lain2..lain y dperkatakan..lain pulak y ditafsirkan..xpe..seperti y aku blaja TIME kursus2..mungkin Halangan Komunikasi y bnyk kottttt. BTN bukn nye kursus biase2 je dik oi….BTN nih penuh dgn semangat PATRIOTISME atau CINTAKAN NEGARA..siap ade sijil pengikhtirafan ISO 9000 drpd SIRIM taw!!!

2.. program SPIES tlah dperkenalkan sejak Kerajaan Selangor Btukar tangan. Aku ni btuah la jugak sbb aku sempt gak la bkenlan dgn SPIES..dulu time jd student UNISEL…aku adelah tlibat jd fasilitator utk siswa-siswi baru…paling xbley aku lupe time intake DIS 08…dah elok2 kami fasilitator siapkan schedule…mereka (sesiape y berkenaan) tlh dtg suruh kami merombak balik schedule utk memasukkn program SPIES..ramai y bengang waktu tu..Pihak y bkenaan dtg utk memberi keyakinan pd kami y membantah waktu tu.. Kami terime je sbb pihak y berkenaan org besar…siswa-siswi baru disogaok dgn baju SPIES dan di laung2kn di telinga tentang SPIES..waktu y tlh dtetpkn utk penceramah SPIES dtg…semua bpakaian t-shirt merah dan kuning…Fasi2 y semuanya X SUKE dgn SPIES ni..tpakse la jd Hipokrit sekjeap…tp aku tetap xpakai..sbb aku x mo pakai pon… masa y dberi selama 2 jam hanya di ambil selama stengah jam..xtaw lla pe y diucapkan…..ingatkan gempak sgt !!!!walaupon setengah jam bdk2 bru ni menguap jer..

mungkin aku x berape mndlam mengenali SPIES..namun, pengalamn d UNISEL sudah cukup utk aku mbuat kesimpualn..

- mungkin ade modul2 y bguna dan bgus dlm SPIES utk semua golongan peserta dan bermanfaat,,,namun, adkah objektif SPIES sama dgn BTN???

SPIES adalah utk pembangunan modal insane dan BTN – semangat patriotisme…

3. tu je lah pe y aku nk tulis dlm entri kali niyh…mungkin pjg lebar walaupon aku rse x de y nk bce tp aku rse puas isi hati aku da tcurah dsini..Aku rse TAK PATOT kerajaan Selangor mharamkan BTN kerna alasan2 y x kukuh + xde bkti pon..kalo stakat omomg2 y ddgr dr org lain ataw pandangan 1-2 org y penah pegi BTN., aku rse blom cukup nk haramkan BTN..pd aku, haramkan BTN adalah cara utk menaikkn SPIES….

Mungkin SPIES ade baiknya..tp bkn lah program y sesuai utk gantikan BTN…

Tu je pandangan aku..

salam,

kerist3rbang,

2 disember 2009,

11.11 am